Kehamilan isteri ku

Maaf saya nak tnya, bini saya sekarang ni dh hamil 6 minggu. Cuma saya risau sebab bini saya beritahu dia hilang selera makan. Makan apa pun tak mahu. Kalau makan dia muntah balik. Lepas tu dia rasa kejang dekat bawah perut. Adakah semua ini normal?#ingintahu #bantusharing #pleasehelp #firstbaby #seriusnanya

8 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Mmg normal. Suami beli beberapa jenis makanan trial and error. Selalu sy makan sesuap dua je dan cuba utk telan. Sbb walaupun xde selera rasa lapar tu mmg xleh tahan dan bb perlukan nutrisi. Mmg selalu nasi, mee semua sy xlalu. Sy makan buah banyak mcm jambu batu, kiwi, oren. Buah yg bnyk serat lagi bagus utk tahan lapar. Lepas makan sikit sy baring terus cuba tidur utk tahan rase muntah tu. Rutin sy mase 1st tri hari2 baring tido lepas mkn. Lagi satu sy xminum air bnyk lepas mkn. Sy perasan klu minum terus kembung perut dan muntah. Lain org lain badan tp boleh cuba tengok klu jadi utk isteri.

Baca lagi