2 Balas

setiap orang ada masalah rumah tangga. mungkin suami dia kerja gaji puluh2 ribu rumah besar kerera besar tapi kurang masa dengan family. mungkin suami dia gaji 2 3 ribu tapi makan pakai family cukup ada masa luang dengan family ada suami dia mungkin dari sebelum kawen memang jenis family man, apa2 dahulu kan family dia mak dia adik beradik dia, isteri kena terima suami dia macam tu .. kita kawen dengan suami means kita akan kawen dengan kehidupan dia dengan family dia. kita yang pilih. takda sapa paksa. so nak taknak ikhlas tak ikhlas kita tetap kena terima. suami tu dah sebahagian dari kehidupan kita. mak mentua kena layan macam mak sendiri yaa... lain orang lain ujian, tapi apa yang berlaku sekarang kita boleh rasa menyesal, tapi tak boleh nak patah balik, kita cuma kena terima kenyataan, kita yang pilih.

Entahlah pada saya, macam mana family sana layan saya, mcmtulah saya layan dorang. Maaf sis, mmng saya takboleh nak terima dorang. Dorang kata buruk pasal saya belakang2, saya tak boleh nak hormat orang mcmtu. Mana boleh mcmtu sis, kene tahu la selepas kahwin kene dahulukan siapa. Alhamdulillah skrng suami dah okay dah banyak sedar silap dia ☺️

sis dalam pantang. jangan stress... jaga makan jaga tidur jaga badan bagi kuat sihat. kalau rasa stress cepat2 istigfar... semua orang ada masalah masing2..cuma atas kita cara untuk hadap dan atasi perkara tu... tak salah nak berkongsi. bagus berkongsi. jangan pendam. bahaya.. tapi tetap kena kuat untuk hadap semua hal yang berlaku dalam hidup. Allah uji sebab sis kuat. insha'Allah moga sis sentiasa dalam perlindungah Allah SWT

Tq sis atas nasihatnya, saya taktahu dengan siapa saya nak luah. Macam mana sis untuk taknak stress? Saya dan anak anak lagi perlukan suami buat masa skrng, tapi mak mertua sibuk call2 suruh itu ini. Suami susah nak menolak katanya tanggungjawab ibu dia smpai ke mati, ye saya tak menafikan. Tapi saya? Kadang kadang saya makan hati. Saya pendam je, mak mertua saya takda nak tanya khabar saya dan cucu dia. Dia akan contact suami bila dia perlukn apa apa dan hanya untuk guna kereta kami. Saya nak kemana mana pun susah. Saya cuba bersangka baik selama 7 tahun ni, hakikatnya tiada siapa peduli perasaan saya. 😔

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan