Formulasi Oat Dalam Aveeno Bantu Kulit Ibu & Bayi Jadi Sihat, Ia Berkesan Untuk Kulit Bermasalah
Lumrah wanita tentunya mengimpikan kulit yang lembut dan cantik supaya kekal sihat sampai bila-bila. Sebab itu wanita lebih suka memilih produk berasaskan bahan semulajadi seperti Aveeno yang menampilkan Active Naturals Colloidal Oatmeal. Jenama Aveeno ini menemui bahan semulajadi bagi mengubah kesihatan dan kecantikan kulit menjadi lebih sihat. Mengapa memilih Oat? Ia kerana oatmeal kisar yang terampai di dalam medium cecair bantu penerapan yang lebih baik ke dalam kulit. Apatah lagi ia terbukti secara klinikal selama lebih 60 tahun yang menunjukkan formula oat kolodi berkesan bagi melegakan kulit kering dan kerengsaan. Bahkan, melalui penyelidikan saintifik dan rumusan yang ketat, Aveeno terus merungkai lebih banyak rahsia tentang keupayaan alam semulajadi untuk melegakan, menenangkan dan mengubah kulit. Lebih menarik lagi, baru-baru ini terdapat satu penemuan tentang sifat prebiotik oat yang dapat menggalakkan mikrobiom kulit yang seimbang sekaligus membuatkan kulit jadi sihat dan kuat. Atas sebab itu, semua produk Aveeno® dan Aveeno Baby® mengandungi oat prebiotik ini. Justeru, mulakan azam tahun 2020 ini untuk mendapatkan kulit ibu dan bayi yang sihat dengan kelebihan oat prebiotik ini. Produk ini boleh didapati di Watsons, Guardian, Caring dan Aeon Wellness. Juga boleh didapati secara atas talian di Lazada dan Shopee! Untuk mendapatkan tawaran dan maklumat terkini Aveeno® anda boleh terus ikuti produk ini di Facebook Avenoo Malaysia dan Instagram.