Stress tktau nk luah kt siapa

Korg prnh tk kt tmpat saya, suami tkbackup bini , tpi lebihkan pndapat mak n kakak dia, smpai die sisihkan bini sndiri,bt bini sndiri mcm org luar, sy disurh bt keje kt dapur oleh suami , tpi sy ada anak kcik bru sebulan, suami suruh anak berdikari ltak kt luar utk tidur sndiri sdgkan dia kecik lgi baby, sy sedih sngt , dhla nk dkat raya ni, die tkfhm perasaan saya,dgn tkdpt nk raya family sndiri,suami lngsung tkcara mkn minum sy,#bantujawab #bantusharing syy nk blik rumah parents sy lps raya ni doakan ya, klu bole nk stay trus

24 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

saya pernah berada di situasi lebih kurang mcm ni.. 5 tahun lepas, anak pertama, suami hanya pentingkan ibu bapa dia bahkan ketika saya baru seminggu dah bersalin, keluarga suami tunjuk muka masam sebab tak buat kerja dapur ditambah dgn suami yg pukul 5am dah keluar dari rumah sbb tergilakan perempuan simpanan dia. kali ni tgh hamil anak ke-2, suami masih suka berfoya² dan hanya pentingkan ibu bapa dia.. dari segi pendapat, kewangan dan segalanya hanya ibu bapa yg dia utamakan hingga anak pertama jatuh sakit hanya dibiarkan saya yg tgh pregnant uruskan bersendirian. akhirnya sampai pada satu tahap dimana saya rasa CUKUP dan saya minta bercerai, saya meminta suami utk kembali pada org tuanya kerana dia belum layak memegang tanggungjawab sebagai seorg suami dan ayah kepada anak² saya. walaupun suami taknak bercerai tetapi saya lebih memilih untuk menyayangi diri dan anak² tanpa pedulikan dia lagi. bila dah tawar hati ni baru nampak perubahan pada suami. dari dulu hingga kini, saya tidak meluah pada sesiapa dan ini pertama kali saya ceritakan disini sekadar berharap kita sebagai ibu menjadi wanita yang kuat utk anak².. sayangi diri dan anak².. bersabar itu tidak salah tetapi biarlah kesabaran ada batasan..

Baca lagi