UBAT MALTOFER

korang, ubat ni boleh telan je tak? adakah dia kurang effective atau takda masalah? tak boleh betul la kunyah, jadi lekat celah2 gigi🫠 Ada cara lain selain kunyah? lepas telan ubat, minum air sunquick. okay je kan guys? Hb agak low 10.7🥲

15 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Ok je, sy pun buat makan macam tu dulu. Sbb dpt ubat yang 1 lagi tak igt apa nama dia. Mcm susah betul nak telan sbb ada bau. Tambahan awak boleh cuba consume susu if awak boleh minum susu. Mcm saya, minum susu anmum materna waktu pregnant. Even kadang2 saya ada terskip ubat, hb saya ok je maintain sbb dlm susu tu pun dah ada folic acid, DHA yang bagus utk badan kita waktu pregnant. Tapi jgn makan ubat tu sama2 dgn susu ya sbb boleh ganggu penyerapan iron. Jarakkan 2 jam

Baca lagi

Terima kasih semua yang respond, الْحَمْدُ للّهِ saya dah baca balik cara makan kt kertas dalam kotak, boleh kunyah/telan. Ni lah akibat tak baca kan, jadi taktau😅 and yes, memang saya try patahkan 2, telan sekali sunquick, tadi cek hb dari 10.7 naik 11.4😇

sy mkn maltofer terus telan jew..HB pun ok..1 tips sy bg, setiap x nak checkup kt Klinik utk HB kan..awk buat senaman tgn n gosok² tapak tgn n gosok ke jari² tau setiap x nk amik drh utk HB tu..sy setiap x buat mcmtu HB sy jd ok..dr 10.9 skang lbh dh HB sy..

1mo ago

Sis, saya ikut tips ni memang naik hb🤣 tapi yelah sebelum ni amal jgk makan jambu, maltofer semua tu so maybe tips ni agak mmbantu jugak😅

Kalau macam saya ,saya minum susu anmum materna HB saya pun low tapi lepas consume susu anmum materna alhamdulilah HB mantain cantik tk pernah drop . Sis try lah consume susu anmum materna kalau tk boleh minum yang plain minum yang perisa coklat

Sy makan maltofer telan je🤣 tapi sy makan dgn vit c, lepas makan maltofer terus makan vit c, so far maintain 12.7-13.5, vit c zinc vitahealth tu, sebelum ni amik maltofer je turun jadi 11 doc kata atas pagar so dia suruh amik dgn vit c

Nurse kk ajar kena kunyah sbb ubat tu kena campur dengan air liur baru effective, tapi saya telan je sebab loya rasa dia bila kunyah, kena makan 3 biji pulak tu, hb tak naik2 jugak ended up masuk drip cosmofer baru naik dari 10.4 ke 15

boleh.ubat ni X ada pantang larang sebelum selepas makan pun boleh.x ada berapa jam sebelum selepas nak makan ubat ni.paling senang makan ubat ni.selalu hisap jer maltofer ni.hihi

boleh je patah kan dua lepastu telan Lerr sama je tu telan , hisap or kunyah..janji makan ubat tu👍 me pun selalu telan kadang hisap still okey je

boleh je sis. saya makan maltofer patahkan dua then telan dengan air sunquick alhamdulillah naik hb dari 10.7 ke 11.5. 😊

Sis telan 2 biji sis. Makan betul2 selepas 2 jam dinner. Sy konsisten buat cmtu, hb naik.