Betol ke nak mudah bersalin kena mintk ampun dekat suami?
Klau tk mintk ampun susah ke nk bersalin? Sy bukn apa kekadang emosi sngt suami terlalu fikir keja. Bila free dia kata tkkn nk call or vc hari² sy dgn suami berjauhan Sebb dh sarat kena pantang jauh.sy tk mintk pun hari² tapi ckup la wasap tnya keadaan kita dgn baby dlm perut ni.kedang call sat kata nk rehat.nk jgk release tension.pastu bila kita emosi salahkan kita Klau jadi apa² dekt baby.pastu tau nk tinggikan suara or maki Sebb tk fhm.katanya perangai macam budk²😭mcm mna la sy nk mengalah mcm ni mintk ampun.dia nmpk kita ja tk fhm dia.salah bnyk pada kita#pleasehelp #bantusharing
nah awak baca ni. ni dr posting page doctor imelda balchin pakar o&g. Tuhan itu maha adil. Mai nak habaq. Ada perempuan yang sangat senang hamil, tetapi bila hamil, muntah-muntahnya teruk sampai layu kena masuk hospital. Terpaksa keluar masuk hospital semasa kehamilannya. Ada perempuan yang sangat senang hamil, seluruh kehamilannya senang saja, tetapi susah nak bersalin dan mengalami trauma bersalin. Ada perempuan yang sangat senang hamil, seluruh kehamilannya senang saja dan mudah bersalin baby meluncur keluar, tetapi anaknya ada masalah jantung berlubang, keluar masuk hospital sebab baby perlukan pembedahan jantung. Ada perempuan yang sangat senang hamil, seluruh kehamilannya tiada masalah, bersalin dengan mudah baby meluncur keluar tanpa apa-apa koyakan, baby sangat comel dan sihat, tetapi suaminya berpoya dengan perempuan lain. Ada perempuan yang sangat senang hamil, seluruh kehamilannya tiada masalah, bersalin dengan mudah baby meluncur keluar tanpa apa-apa koyakan, baby sangat comel dan sihat, suaminya pula sangat penyayang, tetapi diuji dengan penyakit kanser pada usia muda dan hilang pendapatan. Saya pula tak senang nak hamil, dua kali gugur, dan bila saya hamil saya dapat muntah yang sangat teruk tujuh kali sehari sampai tak boleh kerja sebulan, dan saya bersalin Caesarean Section dua kali. Tetapi anak saya sihat, suami saya sangat penyayang dan saya dikurniakan kesihatan yang baik. Tuhan itu maha adil. Semua orang ada cabaran dan ujian masing-masing, walaupun anak Raja sekalipun. Jangan kata ujian anda lebih teruk dari ujian orang lain. Mana anda tahu apakah cabaran dan ujian yang orang lain hadapi? Jangan buat tuduhan fitnah, jika ujian orang lain itu hebat maka dia itu ada lebih banyak dosa dari anda. Sedangkan Rasullullah s.a.w pun terpaksa hadap cabaran dan ujian yang lagi hebat dari anda. Mungkin anda tidak sedar ujian yang diturunkan kepada anda ialah adakah anda boleh berusaha berbuat baik kepada orang lain dan membantu orang lain yang susah? Sekurang-kurangnya adakah anda seorang yang ada empati dan tidak menyakitkan hati orang lain yang sakit? Saya sentiasa bersyukur diberi kesihatan yang baik dan keluarga penyayang supaya saya dapat terus memberi perkhidmatan kepada ibu mengandung semoga mereka bersalin dengan selamat, anak yang sihat. Walaupun saya kerja kuat setiap hari, saya tak pernah merungut, sebab saya bersyukur diberikan ilmu, pengalaman, kemahiran, kesihatan dan tenaga untuk membuat apa yang saya buat setiap hari. Ramai patients saya yang minta maaf kepada saya sebab mereka masuk hospital pukul tiga pagi. Ibu-ibu yang sakit nak bersalin ini kata minta maaf doktor, kacau doktor pukul tiga pagi. Saya kata, tak payah laa minta maaf, ini memang pun tanggungjawab saya, dan saya berusaha meringankan beban kesakitannya, sekurang-kurangnya janganlah menyakitkan perasaan hatinya. Akhir sekali, saya sentiasa bersyukur ada ramai sahabat dan netizen awesome-awesome yang menyokong saya dalam misi memperkasakan wanita Malaysia. Semakin ramai pula sahabat-sahabat saya yang awesome. I love you all 💕
Baca lagiSaya tak boleh komen tentang suami awak sebab saya baca cerita sebelah pihak. Tentang kemaafan nie benda nak beranak kita taktahu apakah kesudahan kita. Kita semua sedar dan tahu melahirkan anak macam macam boleh jadi. Sakit hati mmg sakit hati sepanjang mengandung tapi minta la maaf supaya dosa dosa kita yang kita tak sedar kita dah buat terhadap suami, dimaafkan. Awak nak maafkan dia atau tidak sebelum beranak (even dia tak minta maaf) itu terpulang. Melahirkan anak adalah satu perjuangan. Sebab tu mati bersalin dipanggil mati syahid. Harap urusan awak dipermudahkan.
Baca lagiDiam kan diri je. Suami yg patut minta maaf. Tapi maafkan dia dalam hati. Husband ni tak sedar how much isteri berkorban nyawa melahirkan anak. Bagi sya penting utk suami sya bersama ketika labour sebab baru dia faham betapa sakitnya kita padahal badan dia sendiri takde berubah dan tak perlu lalui kesakitan. Sye branak anak sulung baru suami tau dan bertambah respect pd sye sbg ibu. Jangan emosi byk ye puan, kandungan di dalam adalah yg paling penting skrg, biarkan je suami tu, luah kan banyak kepada bff puan.
Baca lagiSetiap hari kena saling bermaafan Puan sebab kita tak tahu siapa mati dulu. Redha suami tu penting bagi seorang isteri. Lagi satu, dengan lelaki ni kena cakap direct, terang dan jelas serta nyata. Kena belajar cara komunikasi berkesan dlm perhubungan suami isteri. Faham waktu hamil emosi bercelaru dek hormon, kita kena kawalnya dgn ilmu. 🌻❤🤲 mudahan Allah kurniakan puan dan suami ketenangan, kasih sayang dan rahmah. Solat fardhu 5 waktu jangan tinggalkan ok.
Baca lagimengadu saja dgn Allah sis. sama mcm saya. kdg tu ada jgk terasa hati dgn suami. tp nth la kte pun ada jgk ego kte kn. dah la tgh pregnantkan anak dia.. sakit penat smua kita.. kita mohon saja pada Allah agar semua dipermudahkan.. sblm masuk labor room lbh baik juga kita maafkan smua org. pengalaman saya.. nanti dlm labor room tu kita hanya ada Allah sja. kita akan sebut Allah shj. benda lain dh tak ingat dah.. jadi, apapun.. Allah is no one.. inshallah..
Baca lagikalo suami mcm to.. bg sayalah kan. awk senyap je.. awk mengadu dgn Allah...sbb masa sakit nak bersalin to awk xingat sape dah time to Allah je keluar Dari mulut awk. kalo boleh luangkan masa dgn family awk mak ayah ke adik beradik ke.. awk kauseling ke . boleh hilangkan sedih n stress awk. kesian kat baby awk strees kesian kat diri Sendiri.
Baca lagixda lah sis. susah @ senang bersalin tu rezeki kita. xda kaitan pun dgn org. bab suami tu pula. pengalaman sy.. sebelum bersalin sy minta halalkan mkn minum dgn suami sebab risau apa2 jadi xsempat, maklumlah masa bersalin tu ibarat pertaruhkan nyawa. sangat jahat mulut org jika ckp xminta ampun dgn suami punca susah bersalin.
Baca lagiAllahuakbar 😌 suami apa mcm tu ..emosi ketika mngdung mmg tggi dan senang sangat trasa sedih/rindu/overthinking dan sebagainya ..spttnya dia sbagai suami tkbleh main maki2 seorg isteri yg tengah mngdungkan zuriat dia 😢 sis bsbar je ingt bby jgn emosi2 .. ksian kat bby dlam rahim tu sbb emosi bleh mempengaruhi bby dlam perut .
Baca lagiseptut nye mcm kna mitk ampun or maaf..sy bersalin pn xmitk ampun pe lgi mitk maaf cll pn tidak sb dye dh tnggl kn sy smsa sy hmil..hti sy lgi sakt Dan kcewa.. alhamdulillah ank sy mmbesr dgn siht wlau tiada dye..ape pun sis buat lh yg trbaik..moga Allah permudah kn urusn smua Nye.. AaMiiNn yaarabalaalaminn 🤲
Baca lagikakak ipar sy pun kelua masok hospital jugak, nak beranak tp tak beranak2. kakak ipar sy tu baik alim, pakai purdah santun solat tak tinggal, keluarga memang jaga tutur kata dan sbg. tetap jugak susah nak beranak. takkan dia tak mintak maaf kat suami kan.. so kesimpulannya, beranak tu lain org lain prosesnya.
Baca lagi
Be kind❤️