#theAsianparentxMAMBaby

#theAsianparentxMAMBaby Kesihatan oral bayi sangat penting kerana boleh mencegah atau mengurangkan kerosakan gigi pada bayi dan kanak-kanak. Kebersihan mulut yang buruk akan menyebabkan inflamasi atau keradangan gusi. Gusi akan kelihatan bengkak, merah dan mudah berdarah jika tersentuh. Sebagai ibu dan bapa, kita seharusnya memupuk sikap menjaga kebersihan oral anak-anak kita sejak mereka masih kecil lagi. Walaupun mereka memberontak ketika kita membersihkan gusi atau gigi mereka, kita harus sabar, tabah dan usaha. Lama kelamaan mereka akan terbiasa dan masalah kerosakkan gigi dapat dikurangkan. Kita juga harus memantau kebersihan dan kesihatan oral anak-anak kita. Pastikan anak-anak kita tidur dengan mulut yang bersih dan selalu membawa mereka ke klinik gigi untuk menerima rawatan mengikut jadual. Semoga dengan perkongsian saya ini dapat memberikan banyak manfaat kepada semua ibu bapa di theAsianparent ? Moga ada rezeki berus gigi baby jenama MAM untuk anak sulung saya Umar Harith yang kuat membuli saya yang berusia 6 bulan ?♥️ Terima kasih #theAsianparentxMAMBaby

#theAsianparentxMAMBaby
1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Moga ada rezeki 💕