#theAsianparentxMAMBaby Kesihatan oral bayi sangat penting kerana boleh mencegah atau mengurangkan kerosakan gigi pada bayi dan kanak-kanak. Kebersihan mulut yang buruk akan menyebabkan inflamasi atau keradangan gusi. Gusi akan kelihatan bengkak, merah dan mudah berdarah jika tersentuh. Sebagai ibu dan bapa, kita seharusnya memupuk sikap menjaga kebersihan oral anak-anak kita sejak mereka masih kecil lagi. Walaupun mereka memberontak ketika kita membersihkan gusi atau gigi mereka, kita harus sabar, tabah dan usaha. Lama kelamaan mereka akan terbiasa dan masalah kerosakkan gigi dapat dikurangkan. Kita juga harus memantau kebersihan dan kesihatan oral anak-anak kita. Pastikan anak-anak kita tidur dengan mulut yang bersih dan selalu membawa mereka ke klinik gigi untuk menerima rawatan mengikut jadual. Semoga dengan perkongsian saya ini dapat memberikan banyak manfaat kepada semua ibu bapa di theAsianparent ? Moga ada rezeki berus gigi baby jenama MAM untuk anak sulung saya Umar Harith yang kuat membuli saya yang berusia 6 bulan ?♥️ Terima kasih #theAsianparentxMAMBaby
Read moreAssalamualaikum. Kami berdua dipertemukan oleh rakan kami sendiri. Alhamdulillah setelah 3 tahun berkawan jarak jauh Selangor - Penang, kami diijabkabulkan dengan restu kedua2 belah pihak keluarga. ? Syukur dengan rezeki pabila isteri mengandungkan anak pertama kami. Saya meminta isteri untuk menjadi suri rumah sepenuh masa untuk menjaga kesihatannya dan menjaga anak kami setelah dilahirkan. Walaupun isteri mempunyai taraf pendidikan yg tinggi dari saya, isteri sanggup mengorbankan cita2nya untuk menjadi seorang pensyarah demi menjaga makan minum saya dan menjaga putera kami yang masih kecil. Saya amat respect dgn isteri walaupun dikecam kerana tidak bekerja, tidak mempunyai income sendiri, isteri tetap kuat dan tabah dan selalu positif. Mungkin semua ni ada hikmah dan pekerjaaan sebagai suri rumah akan memperolehi pahala yang berganda. InsyaAllah ? Cinta saya terhadap isteri makin bertambah pabila menjaga putera kami dengan sebaik mungkin dan sentiasa berusaha mencari ilmu untuk menyusukan putera kami sehingga berumur 2 tahun walaupun selalu dikritik oleh sedara mara kerana mempunyai badan yg kecil dikatakan tidak mempunyai susu yang cukup untuk putera kami. ?Moga cinta saya terhadap isteri kekal selamanya ♥️ Saya rasa isteri saya layak untuk memenangi produk SK-II kerana hampir 1 purnama isteri berhempas pulas menjaga makan minum saya dan putera kami sehinggakan dirinya sendiri tidak sempat untuk dijaganya. Moga ada rezeki untuk isteri dan senyumannya always terukir dibibirnya ?? #tApxSKII
Read more