Education

Kenapa sekarang ramai yang suka membezakan tahap pendidikan ibu? Ada yang fikir, kalau setakat SPM, ibu itu ‘kurang bagus’; kalau ada anak, pendidikan anak mungkin terjejas, dan urusan rumah tangga pun dikatakan ‘kurang’. Lebih terasa jika seorang itu suri rumah dan takat spm 🥲 Salahkah berhenti belajar di tahap SPM? . Ramai yang berhenti di SPM bukan kerana tidak mampu, tetapi kerana keadaan keluarga, mereka disuruh bekerja untuk menampung keluarga, atau tiada peluang untuk sambung belajar. Namun, ramai di antara mereka sangat bijak, kreatif, dan cekap mengurus keluarga, malah tidak pernah memandang rendah orang lain. Kajian juga menunjukkan bahawa pendidikan formal bukan satu-satunya ukuran kebijaksanaan atau kemampuan mengurus keluarga dan mendidik anak. Faktor seperti: penglibatan ibu dalam kehidupan anak, kesabaran, cara membimbing, serta persekitaran pembelajaran di rumah, mempunyai impak lebih besar daripada sijil di tangan. Anak-anak belajar dari contoh, teladan, dan kasih sayang ibu bapa, bukan semata-mata dari kelulusan formal. Jadi, jangan terlalu cepat menilai seseorang ibu berdasarkan tahap pendidikan atau pekerjaan. Tidak semua yang berhenti di SPM tidak mampu berfikir, mengurus, atau membimbing anak dengan baik. Pengalaman, ketekunan, dan kasih sayang sering lebih berharga daripada sijil. For those who wanted to study but couldn’t, not because of ability but because of circumstances: it’s important to remember that education level doesn’t define your mindset or potential. You can keep growing, learning, and becoming wise in your own way, formal education is just one path, and it’s not the only way to gain knowledge or maturity🫂🤍 #education

9 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Its ok mommy.. Sye pun tahap pelajaran pun peperiksaan amik sampai UPSR je, smbung sekolah menengah but tak ambil spm.. So far ok je.. Dpt keje elok je mcm org lain.. Education kite boleh dpt kt mna2, tak perlu formal.. Skrg pun sye kerja dkt klinik pakar.. And dari situ skrg saya dah boleh menguasai banyak kerja, dari tugas cust service to pharmacist..rezeki pula skrg bos dh offer nk lantik jadi leader.. Jadi mommy jgn ambil hati sangat apa orang nak kata.. Semua org mempunyai jalan hidup dan pengalaman yang berbeza2.. Yang penting kita tahu, kita dh sungguh2 struggle nak capai apa yang kita nak

Baca lagi
1w ago

woww macam mana jadi ahli farmasi? boleh share? yela sbb tak ada sijil