Education

Kenapa sekarang ramai yang suka membezakan tahap pendidikan ibu? Ada yang fikir, kalau setakat SPM, ibu itu ‘kurang bagus’; kalau ada anak, pendidikan anak mungkin terjejas, dan urusan rumah tangga pun dikatakan ‘kurang’. Lebih terasa jika seorang itu suri rumah dan takat spm 🥲 Salahkah berhenti belajar di tahap SPM? . Ramai yang berhenti di SPM bukan kerana tidak mampu, tetapi kerana keadaan keluarga, mereka disuruh bekerja untuk menampung keluarga, atau tiada peluang untuk sambung belajar. Namun, ramai di antara mereka sangat bijak, kreatif, dan cekap mengurus keluarga, malah tidak pernah memandang rendah orang lain. Kajian juga menunjukkan bahawa pendidikan formal bukan satu-satunya ukuran kebijaksanaan atau kemampuan mengurus keluarga dan mendidik anak. Faktor seperti: penglibatan ibu dalam kehidupan anak, kesabaran, cara membimbing, serta persekitaran pembelajaran di rumah, mempunyai impak lebih besar daripada sijil di tangan. Anak-anak belajar dari contoh, teladan, dan kasih sayang ibu bapa, bukan semata-mata dari kelulusan formal. Jadi, jangan terlalu cepat menilai seseorang ibu berdasarkan tahap pendidikan atau pekerjaan. Tidak semua yang berhenti di SPM tidak mampu berfikir, mengurus, atau membimbing anak dengan baik. Pengalaman, ketekunan, dan kasih sayang sering lebih berharga daripada sijil. For those who wanted to study but couldn’t, not because of ability but because of circumstances: it’s important to remember that education level doesn’t define your mindset or potential. You can keep growing, learning, and becoming wise in your own way, formal education is just one path, and it’s not the only way to gain knowledge or maturity🫂🤍 #education

9 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

makcik sy umur 16tahun da kawin, suami nya pun tk sekolah tinggi, tp anak2 mereka 3 org, semua masuk mrsm n sekolah sains, dan masuk u semua, apa yg sy nk smpaikan, apa pun level of education parents tu tp jika mereka pentingkan education utk anak2 dan berusaha ke arah tersebut, tak penting lg mulut2 org..ckp la apa2 kita da buktikan kita berjaya sekolah kan anak dgn baik, terjaga adab dan maruah mereka

Baca lagi