Education

Kenapa sekarang ramai yang suka membezakan tahap pendidikan ibu? Ada yang fikir, kalau setakat SPM, ibu itu ‘kurang bagus’; kalau ada anak, pendidikan anak mungkin terjejas, dan urusan rumah tangga pun dikatakan ‘kurang’. Lebih terasa jika seorang itu suri rumah dan takat spm 🥲 Salahkah berhenti belajar di tahap SPM? . Ramai yang berhenti di SPM bukan kerana tidak mampu, tetapi kerana keadaan keluarga, mereka disuruh bekerja untuk menampung keluarga, atau tiada peluang untuk sambung belajar. Namun, ramai di antara mereka sangat bijak, kreatif, dan cekap mengurus keluarga, malah tidak pernah memandang rendah orang lain. Kajian juga menunjukkan bahawa pendidikan formal bukan satu-satunya ukuran kebijaksanaan atau kemampuan mengurus keluarga dan mendidik anak. Faktor seperti: penglibatan ibu dalam kehidupan anak, kesabaran, cara membimbing, serta persekitaran pembelajaran di rumah, mempunyai impak lebih besar daripada sijil di tangan. Anak-anak belajar dari contoh, teladan, dan kasih sayang ibu bapa, bukan semata-mata dari kelulusan formal. Jadi, jangan terlalu cepat menilai seseorang ibu berdasarkan tahap pendidikan atau pekerjaan. Tidak semua yang berhenti di SPM tidak mampu berfikir, mengurus, atau membimbing anak dengan baik. Pengalaman, ketekunan, dan kasih sayang sering lebih berharga daripada sijil. For those who wanted to study but couldn’t, not because of ability but because of circumstances: it’s important to remember that education level doesn’t define your mindset or potential. You can keep growing, learning, and becoming wise in your own way, formal education is just one path, and it’s not the only way to gain knowledge or maturity🫂🤍 #education

9 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Awak pekakkan telinga je...actually org yg klau dia nk bercakap ttg kita ni ada je point dia..dia main petik je tu..saya ada Master, prnh bekerja & skrg surirumah...sama je ada je point org nk bercakap tu sana sini.. especially kita ni first time mom. Dia ingat kita ni semberono je takde study apa² utk besarkan anak sendiri..tak kira apa latar belakang pendidikan seseorang tu pun, naluri ibu sntiasa nakkan trbaik utk anak²... Kdg² saya pun terasa juga bila org duk cakap "buatla itu ini, ikhtiarla..kesian kat anak..dulu mak buat mcm ni blabla.." sedangkan kita ikut saranan pakar.. Jika ibu tu tak meminta nasihat, tak perlu nak terpaling hebat nak tegur atas sebab dah ada anak ramai. Even doktor pakar obgyn yg saya prnh refer beranak 11 org pun bgtau saya, setiap anak tu lain², tak sama..sdgkn dia lg brpengalaman bg saya, tp trsgtla humble.. Sbb tu saya trsangatla jarang update ttg anak di media social sbb nak mengelakkn org² yg nk komen byk ni la..balik kg mertua pun jarang² sbb slalu bila bawa, ada je point dia 😴

Baca lagi
1w ago

hai sissss kita sama! saya pun suri rumah padahal ada master. teringin nk kerja sbb tau org macam judge kita duk rumah. cara org cakap tu cam "tqk try mana2 ke". padahal laki kita tak bagi keje.