air gula

Kenapa kena minum air gula? Ya allah nk muntah rasa dia..lepas minum terus x lalu nk mkn ap2..kalau teringt mst muntah..ad tips x?

10 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
Expert

Salam sejahtera puan, untuk makluman anda ujian bagi mengenal pasti paras gula dalam darah juga dipanggil MGTT (Modified Glucose Tolerence Test). Ujian ini dilakukan dengan melihat paras gula dalam darah ketika berpuasa dan selepas 2 jam minum air yang mengandungi 75 gram gula. Ujian ini adalah perlu bagi mendapatkan keputusan ujian yang tepat. Hal ini kerana jika ujian darah dilakukan tanpa kadar pengambilan gula yang selaras, para doktor tidak boleh mendapat keputusan yang tepat kerana tidak pasti kandungan gula dalam makanan yang anda ambil sebelumnya. Oleh itu, ujian ini dijalankan ketika anda berpuasa dan hanya mengambil air gula ini sahaja. Kami memahami bahawa ujian ini agak tidak digemari kerana merasa mual selepas minum air gula yang banyak, namun anda boleh mengurangkan rasa mual ini dengan membeli air gula yang berperisa dari farmasi dan dibawa ke klinik jika tiada air gula berperisa disediakan di klinik. Anda boleh layari www.DoctorOnCall.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sebarang masalah kesihatan atau bercakap dengan doktor bertauliah secara atas talian. Terima kasih.

Baca lagi
6y ago

Doktor, maknanya pd hari appointment MGTT di KK, boleh bawa air gula berperisa sendiri la ye?