Menarik, Waka Waka Playground -- Indoor Playground Terbaru Dibuka Di Bukit Bintang!

Kanak-kanak belajar dengan baik melalui bermain, dan pastinya taman permainan indoor merupakan satu kemudahan yang penting! Ia bukan sahaja menjauhkan anak-anak dari gajet, malah lebih selesa kerana boleh berteduh dari hujan dan panas! Berita baik bagi parents yang sering bawa anak ke taman permainan indoor, Waka Waka KL telah dibuka secara rasmi pada 22 Jun 2019. Playground seluas 10,000 kaki persegi ini bertempat di Furama Hotel, Bukit Bintang dan dirasmikan oleh Mr Quek Kia Ann, Ketua Pembantu Pengarah Jabatan Kebajikan Kanak-Kanak dan Mr Chua Adrian, Pengurus Hotel Furama. Banyak permainan seperti gelongsor gergasi, flying fox, tali memanjat dan pelbagai aktiviti lasak sesuai bagi usia kanak-kanak bagi meningkatkan kebolehan koordinasi, menyeimbangkan badan, kepantasan dan ketangkasan kanak-kanak. Setiap ruang di taman permainan tersebut dibahagikan kepada peringkat usia kanak-kanak sedari bayi hingga 12 tahun, agar sesuai dengan kebolehan mereka. Selain menyediakan tempat yang selamat untuk kanak-kanak bermain, Waka Waka KL juga menyediakan kafe di dalam premis tersebut. Kafe tersebut menyediakan pilihan makanan yang selamat dan sesuai untuk anak anda! Bukan itu sahaja, ia juga merupakan pilihan yang baik untuk mengadakan majlis keraian seperti hari lahir si kecil! Jangan berlengah lagi untuk bawa anak anda menikmati keriangan di Waka Waka Playground, Bukit Bintang. Untuk info lanjut, hubungi: Laman web: www.playatwakawaka.com info.kl@playatwakawaka.com

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan