Sesi Tanya Pakar bersama Puan May Hwong, Jurulatih Keselamatan Penumpang Kanak-kanak (MIROS)

Kami bawakan khas kepada anda Sesi Tanya Pakar kali ini bersama Puan May Hwong, Jurulatih Keselamatan Penumpang Kanak-kanak (MIROS) tentang cara yang betul membawa pulang bayi baru lahir daripada hospital. Ajukan persoalan anda di ruangan komen berkaitan Bagaimana Cara untuk Membawa Bayi Baru Lahir Pulang daripada hospital dan segala persoalan berkaitan topik ini akan di jawab terus oleh pakar kami pada hari Khamis, 3 petang. Baca lebih lagi di sini : https://community.theasianparent.com/q/berbulan-bulan-anda-membuat-perancangan-bagi-menyambut-kedatangan-si-manja-dan/3002868 Read more here : https://my.theasianparent.com/bring-baby-home/web-view *NOTA : Segala persoalan di luar topik tidak akan dijawab dan akan dipadam. Soalan yang melebihi waktu yang ditetapkan juga berkebarangkalian tidak akan dijawab.

Sesi Tanya Pakar bersama Puan May Hwong, Jurulatih Keselamatan Penumpang Kanak-kanak (MIROS)
28 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Kalau bayi menangis tak henti henti lepas diletak dalam baby seat baru, bagaimana nak kekalkan baby dalamnya?

3y ago

Tenangkan bayi dulu dan periksa lampinnya sebelum letak dalam car seat. Kalau baru menyusukan, pasti bayi sendawa. Biasanya bayi newborn suka dibedung kerana rasanya macam dipeluk rapat dengan ibunya. Sila rujuk kepada artkel berikut untuk mengetahui bagaimana bayi newborn boleh dibedung dengan selamat di dalam car seat. https://my.theasianparent.com/car-seat-untuk-newborn/