ingin tahu

Kalau air ketuban lebih sgt bahaya untk bby ke? N apa punca air Ketuban byk ?

7 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

1. Kalau anda minum air banyak pun masa mandi, air tak masuk kat rahim. 2. Kulit anda bukan span sampai boleh serap air terus masuk dalam rahim hingga sebabkan air ketuban menjadi banyak. 3. Air ketuban adalah salah satu unsur penting untuk membantu perkembangan janin. Oleh itu, cecair ketuban yang mengalami masalah (sedikit atau lebih banyak) akan mengganggu pertumbuhan janin. 4. Pada usia kehamilan sekitar 20 minggu, air ketuban digantikan dengan urin yang ditelan dan dikeluarkan oleh tubuh janin. Jumlahnya pula akan meningkat mengikut ukuran kandungan. 5. Tidak kira mandi malam ke, mandi pagi ke, tetap tidak boleh sebabkan kejadian air ketuban banyak. Boleh pula air memilih nak serap waktu malam, bukan waktu pagi atau petang. Apa masa mandi pagi dan petang tu, rahim dicabut dan digantung letak tepi? 6. Orang dulu-dulu bagi petua jangan mandi lewat malam sebab dulu tandas diluar. Rumah pula bertangga. Turun naik tangga boleh jatuh, mandi kat luar boleh berdepan bahaya seperti terpijak benda tajam, kena patuk ular, tergelincir sebab gelap. Itu sahaja. 7. Kalau dah berpeluh, takkan nak biar bau peluh tu sampai ke pagi? Kalau saya, saya rimas. #BelNawhen

Baca lagi