Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Ida Lilywaty Md Latar

Jom ajukan soalan anda dalam sesi ini yang berlangsung di aplikasi theAsianparent! Pakar yang akan berkongsi ilmu dan tips minggu ini adalah Dr. Ida Lilywaty Md Latar Obstetrics And Gynaecology (O&G), Pantai Hospital Cheras. 📰 Topik: Tanda Amaran Bagi Pergerakan/Tendangan Bayi Ketika Hamil 🗓️ Tarikh: 7 September 2023 Jika anda ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan topik ini, jangan malu-malu untuk kemukakan soalan anda. Pakar kami akan sedia membantu! ⛔ *NOTA: Sebarang persoalan luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Ida Lilywaty Md Latar
22 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Assalamualaikum Dr. Ida. Saya sekarang 33 weeks & so far Alhamdulillah tak ada masalah dengan kiraan baby’s kick. Cuma ada beberapa soalan dalam kepala ni yang tak terjawab 😆 1. Bagaimana cara yang betul kira baby’s kick ni sebenarnya? Saya ada tengok dekat tiktok, dia kata her doc said kira 1 tendangan & tendangan seterusnya dengan beza 15mins. Bila saya tanya pada nurse KK, dia pulak kata baby ni bukan robot nak set berapa masa minit apa semua. Setiap kali dia gerak kuat, dikira 1 tendangan. Tak kisah la tendangan seterusnya berapa minit selepas tu. 2. Baby pernah 2jam tak kick langsung. Dia cuma gerak halus halus je. Saya try minum air sejuk, makan manis & selepas tu baru dia kick kuat. Adakah ini normal? 3. Boleh saya tahu max berapa jam kalau baby tak kick kuat untuk saya alert? 4. Sekarang start 5am sampai ke petang baby bergerak kuat. Saya perlu risau ke situasi macam ni? Saya sampai terfikir adakah baby tengah stress? 😅

Baca lagi
2y ago

5) tidak perlu risau sekiranya bayi sangat active. He/she is enjoying times dalam rahim Puan:D. Enjoy your pregnancy and motherhood