Hi mommies, sya mau tnya apa yg brlaku sepanjang kita nk brsalin dlam msa brjam2 nnti?

1 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

kalau sudah 6cm buka, nurse akan bg baju yg terbuka kat belakang tu. then akan dibawa masuk ke labor room. dalam tu, kita akan ditampal beberapa wayar. untuk dengar bunyi rentak jantung baby. pada saya, ianya sangat tidak selesa. sebab, dengan wayar bertampal.. dan rasa sakit menunggu bukaan. *kalau di swasta, satu bilik ada satu katil untuk ibu bersalin dan sebelah tu ada babycot untuk baby. lengkap dengan tv dan sofa untuk peneman. suami boleh ada bersama. kalau di kerajaan, dalam labor room tu, ada beberapa katil. kalau tak silap ada 5 katil tersusun di tengah2 bilik besar dan panjang. di antara katil2 tu ada dinding sahaja. kiri dan kanan cuma bertutup dengan langsir yg boleh ditarik2. jadinya seperti bilik kecil. tapi kita boleh dengar apa yg berlaki di katil2 yg lain. ada tgh struggler meneran, pastu bunyi nangis dan surrender, then suara sokongan dari nurse.. awak boleh. awak boleh.. etc. ada juga yg sepertinya tgh menunggu bukaan. beberapa nurse akan mundar mandir ke sana sini. sometimes akan datang pada kita untuk cek2 apa yg perlu. manakala kita yg masih di katil dengan wayar bertampal, dengar rentak jantung baby. sesekali menggeliat setiap kali sakit bersalin datang. kita boleh panggil nurse jika perlukan apa2. nurse sentiasa ada dan lincah di situ. ketika saya bersalin belum pkp. so di sebelah katil saya ada disediakan satu kerusi untuk husband duduk menemani. sehinggalah kita rasa sepertinya sudah rasa sesuatu ingin keluar. mcm berak sembelit. panggil saja nurse. nanti akan ada doktor atau nurse yg datang untuk cek bukaan. kiranya sudah sampai masanya untuk bersalin, bukaan sudah 10cm, kerusi tadi dialihkan. husband masih disisi tapi berdiri saja. nurse dan doktor akan berkerumum dan kaki kita diangkat pada palang. (kaki kiri dan kanan diletakkan atas palang dalam keadaan terkangkang. bila sudah sampai sakit mau meneran, just pegang besi katil kiri dan kanan.. then push) atau jika lebih selesa untuk .. just memegang kaki sendiri pun boleh. (kaki dilipat dan kangkang dibuka. tangan kanan memengang kaki dibahagian buku lali kanan. dan tangan kiri di buku lali kiri. jika sudah mau meneran just pegang dan push). saya lebih selesa pegang kaki saya sendiri. pada saya lebih kuat dan senang untuk push. tgh2 push tu doktor akan guntingkan sedikit di bawah kita tu, untuk memudahkan proses menjahit. jadinya koyak itu stret saja, senang dan jahitnya tak banyak. kalau tak gunting koyaknya tak cantik. then jahitnya lebih banyak. tapi jangan risau. tak sakit dan kita xperasan pun ketika doktor gunting. sebab sakit bersalin mengatasi segalanya. apabila semuanya selesai, baby dah keluar, dipotongkan tali pusat dan ditunjukkan sebentar pada ibu dan baby dibawa ke meja baby untuk dicek. dari katil saya, dapat lihat nurse sedut2 hidung baby utk make sure pernafasan ok, baby boleh menangis (kalau lahir, baby x nangis, baby akan ditepuk2 sikit bontot dia supaya menangis), baby ditimbang, dilap2 sikit, dan dibungkus.. bagi kat ayah untuk azan. manakala kita pula selepas baby dikeluarkan. doktor dan nurse akan keluarkan uri, dan proses menjahit akan berlaku. (ketika ini husband dah keluar) doktor akan cucuk bius di situ, beberapa tempat. maybe 3 kot. sakit sikitlah. then jahit. don't worry sakit dia masih boleh ditahan. yang penting ketika doktor cucuk jarum nak jahit tu jangan dikeraskan kaki ya. nanti lepas2 tu kaki kita rasa krem. kalau masih terlalu sakit ketika proses menjahit, boleh cakap pada doktor. * kalau di swasta, husband masih boleh ada bersama. ketika ni, husband boleh main2 dengan baby. posing gambar etc. selepas siap semua jahit. kita akan ditransfer ke katil biasa. dan nurse akan datang tanya mau air milo dengan biskut ka. saya ok, makan saja. nurse kata, awak perlu energy. kita akan diletakkan di koridor dalam 30 minit untuk make sure betul2 stabil. (koridor sebelah labor room saja. xde orang awam di situ. cuma nurse saja ada) kalau ada masalah just panggil nurse. dia ada disekitar situ saja. bila semuanya ok, kita akan ditolak ke katil bersama baby. *kalau di swasta, kita masih di bilik yg sama. untuk doktor monitor stabil atau tak. sementara tu boleh main2 baby. posing2 dengan husband. jika semua sudah ok, kita akan ditolak ke bilik sendiri. bersama baby. nanti ketika proses menunggu 30 minit dan wpun sudah dibawa ke katil tu, make sure kita baring dalam keadaan stret tau. kaki jangan dilipat2, atau disilang2. nanti kaki kita akan terasa krem dan seperti tertarik urat. kemudian bermulalah proses pantang. selamat berpantang. moga dapat imagine apa yg berlaku ketika proses bersalin nanti ya 😊

Baca lagi
3y ago

thanks for the info sis ☺️😊 sgt menghargai ❤️