Tindak balas selepas vaksin? Selepas bayi kita disuntik, akan terdapat bengkak kecil di tempat suntikan. Bengkak ini selalunya hilang dalam masa satu hari.Akan tetapi, selepas 6-8 minggu bengkak akan muncul semula seperti kesan gigitan nyamuk. Bengkak ini akan membesar dan menjadi keras iaitu nodul.Benda ini pula akan pecah dan mengeluarkan cecair.Selepas ini,kesan yang tinggal adalah lepuhan atau luka pada kulit. Ulser ini akan sembuh dengan meninggalkan parut.Seluruh proses ini mengambil masa kira-kira 2-5 minggu. Kesan akhir dari keseluruhan proses ini adalah parut BCG seperti yang ada pada lengan kiri kita. Reaksi pada tempat suntikan selepas BCG Sumber:http://www.healthywa.wa.gov.au/Healthy-WA/Articles/S_T/Tuberculosis- BCG-Vaccination Nasihat bagi ibu-bapa/penjaga Jangan tekan atau gosok tempat suntikan.Jangan sapu apa-apa pada tempat suntikan. Mandikan bayi dengan sabun dan air sudah memadai walaupun ada ulser pada lengan.