Mabuk

Ikut pada apps ni, kandungan saya dah 6minggu 6hari. Tp saya masih xde rasa mual atau mabuk. Ada ke yg sama mcm saya?

56 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Sis teringin ke nk rasa mabuk mengandung..?kalau pada saya org yg xde alahan msa prgnt ni mmg org yg paling beruntung sebab xde pening, mual, muntah2 smpai tegang urat perut, bole buat xtvt harian mcm biasa berbanding ibu yg ada alahan. Saya sampai 2x keluar msuk hosp sbb dehydrate muntah2 kurang vitamin dalam badan sbb xlalu makan. Apa je yg msuk ke mulut, xsmpai tekak lagi, hbs keluar semula ngan segala isi perut..berat trun smpai 5-6kg msa awal trim..sampai terpaksa kna amik cuti tanpa gaji 2 bln sbb mabuk. Xseronok sis..mmg xseronok lgsg. Jd kalau sis xde sbrg alah, sis dikira beruntung.

Baca lagi
6y ago

sy sama mcm sis, skrg ni kandungan baru 13 minggu, berat sy turun dah 10.5kg within 6 weeks. Makan tak lalu, loya n muntah setiap masa. Baru lepas buat blood test, belum dpt result. Ubat muntah wajib mkn 2x sehari, ubat yg mengantuk tu, mmg lena lah lepas mkn. nasib baik sy kerja sendiri, kalau kerja dgn org lain mmg cuti panjanglah sy. dahlah letih xcukup mkn n muntah, lepas tu letih ulang alik kk n hospital. oleh itu, bersyukurlah pd yg xde alahan.. sbb kami yg ada alahan ni kadang² tak tertanggung rasanya.. apa² pun positivekan diri.. cuma jgnlah mintak nak dpt alahan yer..