Sakit urat ketika mengandung/ carpal tunnel syndrome
Hi Ibu2 yang sedang mengandung, saya nak share tips kalau sakit urat. Tangan saya sakit sangat semasa masuk second trimester ni. Lagi2 bila kita buat banyak kerja. Saya dah jumpa doktor kat klinik. Doktor terbagi saya ubat terlarang untuk ibu mengandung, iaitu Zolterol SR. Nasib baik saya tanya doktor lain boleh ke saya makan ubat tu sebab saya google, Zolterol boleh menganggu tumbesaran bayi dalam kandungan. Ramai doktor akan sarankan makan vitamin B complex. Tapi saya masih rasa sakit. Nasib baik saya terjumpa Panadol Extend untuk muscle pain and athritis. Sangat membantu. Sakit urat kat tangan saya semakin hilang dan saya tak perlu sentiasa bergantung dgn ubat panadol. Boleh stop makan bila dah tak rasa sakit. Panadol selamat untuk ibu mengandung tau. Dan bila dah kurang sakit tu. Cuba buat strectching kat tangan. InsyaAllah makin baik. Selamat mencuba