Adakah susu akan ada semula?
Hi ibu ibu, saya nak sokongan dan menimba ilmu dari semua. Sebelum ni saya fully df anak tapi sekejap je dalam seminggu. Masuk minggu ke dua saya pump dan campur susu fm juga ,disebabkan kekurangan ilmu dan sayarasa saya kurg support dri sekeliling. Saya bagi anak susu pump dan susu botol sebab saya rasa anak saya tak kenyang bila df dan masa tu saya salah teknik ketika menyusu buatkan nipple saya melecet. Dan selepas nipple saya dah okey saya nak df anak semula, anak dah tak nak sbb dia nipple confuse. Lama kelamaan susu saya drop and skrg macam dah nak berhenti and hampir takda. Tapi saya masih nak anak saya minum susu badan, adakah kalau saya buat power pumping susu saya akan ada balik dan makin banyak? Anak saya baru 1 bulan 14 hari 🥹🥺#firsttimemom #bantujawab #Needadvice