Overfed muntah susu

Ibu ibu nak tanya, 🥹 Siapa ada pengalaman baby selalu muntah susu. Setakat ni dah 8 hari berturut (ada sehari dua je yang tak) baby sy muntah susu yg banyak sampai keluar ikut hidung. Mcm air pancut kesian dia. Sefaham sy tu overfed. Kadang dah jaga jarak susu. Fully BF. Newborn sebulan lebih. Anak kedua anak sulong xpernah kena Apa dos / don’ts / perlu risau / anything to share 🙏#Needadvice #sharing #FirstTime

11 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Anak saya tak sampai 8 hari. Baru 2 hari berturut so saya terus pergi kk. Nurse bgtau make sure baby burp & kentut lepas susu. Belajar teknik2 burpkan baby & massage sampai dia kentut. Jgn bg susu banyak sgt sampai overfed, baby nangis bkn sbb nk susu je. And nurse pesan kalau muntah lg esok which dah 3 hari berturut, kena dtg lg & dia terus bawa masuk jumpa doctor cos baby mungkin ada masalah penghadaman/usus so doctor kena buat assessment. Mujur day 3 baby stop muntah. Sis berani ya tunggu sampai 8 hari 😅 Kita adults kalau muntah2 setiap hari pun dah tak tahan seksanya

Baca lagi
1mo ago

Campur

itu normal baby newborn. lepas minum susu, pastikan burp . mesti dah bagi susu, dia mcari lagi kan? haaa. itu kena burp . baby ni taktahu bagitahu nak burp so utk tenangkan dia adalah puting ibu. gitu lah. saya dua² anak saya gitu, sampaikan hubby suruh menetek je padahal baby nak burp. tiap² hari tukar cadar hahahahhahahah

Baca lagi
4w ago

Muntah memancut x normal ye!

Anak sy 3w bukan overfeed, kalau dia minum 2 onz, 2onz keluar balik. Gi hosp dr cakap dia gerd jadi reflux, naik balik susu yg dia minum. So sampai sekarang dia masih reflux, skrg dah 4m. Sejak masa 3w sampai skrg on ubat, next appt bulan 11 ni utk tgok case gerd dia dgn peads.

cuba bagi minum air buah anggur utk baby.. dlm 2 sudu.. lepastu bagi susu. kdg baby tertelan air ketuban waktu lahir.. tu tips dari Auntie cina yg Sya jumpa dulu waktu baby first. Sya amalkan terus dgn baby2 Sya setiap kali lepas lahir.. insyaallah x muntah susu dah.

4w ago

ntah la wak.. kdg petua org tua2 ni berguna juga.. x ikut xpa. bkn wajib.

anak no 3 saya pernah macam tu.. selalu muntah walaupun bukan overfeed..saya rujuk doktor, doktor minta saya monitor tengok keadaan anak beransur ok atau tak.. usia anak 2-3 bulan macam tu tak silap saya baru ok. apa² rujuk doktor.

anak sulung saya pun mcm tu..mnum susu ja mesti jeluak @ muntah susu..saya dh buat setiap kali lps mnum susu sendawakan dia, tinggikan badan dia bila menyusu tp jeluak juga smpai bau dia masam lah..tp itu normal lama2 hilang la tu

Maybe kdg anak nangis bukan sebab nak susu, cuba comfort dgn cara lain dodoi ke atau tukrkn tmpt tido dia anything else sbb kte tahu dia dh susu..lg bf kdg dia nk pacifier utk comfortkn mulut dia utk tido..

kak cuba bagi sikit2 susu tuu lepas sendawakan, lepas tu kak bagi lagi pastu sendawakan,kadang2 kalu terus bagi memg akan muntah, macm saya saya akan bagi 3 kali baru x muntah

pastikan perut xkembung urut perut baby burpp dan kentut sistem badan baby belum matang..kadang sebab tuh muntah.tapi jika ibu risau..cepat jumpa doctor jangan tunggu

Baca lagi
TapFluencer

Tiada pengalaman, bila muntah pancut, jumpa doktor SEGERA.