5 Balas

makin besar makin banyak alergi, saya pergi pathlab test darah dengan makanan & tumbuhan mahal at least kita tahu apa kulit kita tak boleh dengan apa, baru saya tau saya ada alergi dengan grass , klau p kebun ke atau lata balik hbis kaki naik bintik bintik .. seafood pulak ada brpa persen yg saya tak boleh makan n boleh makan tapi dgn kuantiti yg sikit .. sbb saya dh hbis duit bnyak g klinik pakar tapi kesudahan tak tahu kulit naik sebab apa .. boleh ke bawak anak g check darah dia at least akak tau apa yg tak boleh dri kita cuba je kesian kat dia takut melarat .. pathlab ni mmng tempat test darah kak boleh je cari lab yg lebih kurang tpi pathlab ni kalau result hilang boleh minta diorg email lain untuk rujukan dr nanti

iya sis masa saya tingkatan 2 muka saya bengkak macam kene ketik lebah hehe bibir ikan , opah saya cakap tu kulit tengah tunjuk darah tak elok (alergi) lepas je kene vaksin terus naik macam mata n ada nanah mmng badmood sbb dah hampir tarikh kawin , sbb tu p check alhamdullilah sekarang boleh control , nanti anak puan besar dia ada tunjuk effect boleh bawa g lab

Anak sulung saya Macam sis jgk. Skrg da 1y still allergic. Kadang smpai Dia Takut nak makan. Bila bgi smpai tutup2 mulut. Skrg saya bg Dia makan buah, nestum n biskut2. Kalau lauk2 tu saya cubit bagi suap bagi Dia. Ada la dpt Dlm 2,3 suap Pastu xnk dah. Susu pulak bnyk minum. Sis bagi je Apa yg Dia boleh makan. Atleast ada gak makanan Dia nak. Anak saya Mmg dr kecik eczema dkt pelipat2 badan Dia. Smpai melecet Dia Garu Kalau tmbah dgn dtg allergic reaction. Janji checkup Berat ok, semua ok xda masalah

Faham tu. Anak saya pun Kuat susu je n buah. Yg nganga n tgk tu faham sgt perasaan kita. Kadang kalau travel dia tgk je kita makan. Tapi bila allergic reaction tu dtg. Allah. Berdebar nak Handle naik merah2 satu badan n muka smpai bengkak. Yg anak xda masalah mmg kadang tak faham struggle kita

Cube bagi makan yg organic je sis mcm ibu yg comment di bawah, bagi mkn telur kampung, free range chicken, ikan laut, soya jgn bagi, cuba try bagi almond milk atau rice milk. Sebab byk ayam atau daging ni kena cucuk antibiotic atau corn utk cepat gemuk, tu yg menyebabkan keradangan(inflamation) pada badan sampai allergic keluar. Jgn bagi apa2 bergula atau bertepung. Dan elok juga sis buat research ttg high inflammatory food. Banyakkan sayur2an.

Mungkin nanti sy cuba yg organic. Skrg ni paediatrician suruh minum susu beras. Tapi 1 brand tu jek ade utk baby. Last time try kacang peas, blueberry, sweet potato pon dia naik rashes.

Stop dulu smua makanan tu. N try bg organic food.. ayam organic, sayur organic..telur nanti cuba awak baca balik umur berapa boleh bg. Xingat dah saya. Lewat2 sikit xpe. Soya n daging pun. Sbb baby baru nak masuk 8 bulan kan.. try bykkan buah n sayur puree dulu. nanti kalau nk bg food baru buat 4days rules. Maksudnya 4 hari bg makanan sama. Tgk naik allergic x. Kalau ada catat n stop dulu tunggu besar sikit baru bagi. Semoga berguna ya..

Tu lar bila bagi sayur buah ni. Berat dia naik slow jek. Bila try error, salah makan mata sampai bengkak. Kadang2 kulit dah cantik. Tak bagi makanan yg naik allergic. Tapi bila dia stress. Nak tido ke. Mengaru sampai berdarah. Dah naik balik ruam dia. Kuku dah pendek sgt. Tapi bole lagi berdarah.

penah try bgi ayam organic? atau ayam kg? kekdg sbb ade ayam yg cucuk sbb tu jadi allergic. nak senang buat allergic test je. jadi tau allergic pd ape. sng nak elakkan, bahaya allergic ni. boleh sbb kan sesak nafas. dkt kpj x silap rm700 gitu utk 56 allergen.

bukan lagi mahal lagi tepat. lagi mahal lagi byk allergen die test. ade 1 klinik dkt johor buat dlm rm500 tapi x silap dlm 36 ke 24 allergen je.

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan