Kencing kotor

Hye semua. Mcmana nak kasi urine kite back to normal? Dah 3 minggu result tak cantik. Any tips?#ingintahu

20 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

sy on ubat antibiotik selama 5 hari . kena makan setiap 8 jam (sy tak dibenarkan puasa selama 5 hari ni). so sehari wajib ambik 6 bijik pil . wajib habiskan semua. kalau makan tak ikut timing , jangkitan tu susah nak hilang. so far Alhamdulillah dah hri ke4 . takde sakit sakit lagi dah. ubat pun makan esok last day ☺️✌🏻 sy kencing kotor dan ada darah dalam urine. sy jmpe doktor di hospital tnpa tggu next check up sbb sakit sgat. doctor ambik sample urine and mmg sah kencing kotor tu yg dapat ubat antibiotik 3 papan.

Baca lagi
1y ago

sama sis. saya sampai kena tahan wad 5hari on antibiotik gila gila sakit antibiotik masuk badan. saya sakit belakang terok. suspect kidney stone tp takda juga. lepas bersalin baru sambung checkup. skrg takda dah sakit sakit ka apa. huhu semoga takda apapa lah

2 minggu lepas time checkup, sy sangkut kencing kotor. Rase nye sebab sy terminum kopi.. sebab selalu bancuh kopi utk ayah pagi2.. tu pun sy rse x smpai satu cawan. Sikit2 je. sebelum ni tak pernah sangkut. Sejak tu sy tak rse kopi walau sikit. Sy byk minum air kosong. Tapi ade je sy minum air manis mcm sirap and jus tembikai. Tadi checkup, syukur dah takde kencing kotor. Cuba check balik ape yg awak minum sepanjang hari. Kalau dah betul, mungkin faktor kebersihan. Kalau bukan pun, mmg hormon.

Baca lagi
1y ago

sy minum air spanjang masa.. kalau rasa loya.. minum air sejuk sbb benda sejuk dpt hadkan bau.. minum air kelapa asli dan barli, elak minuman manis...

sis kena minum bnyk2 air kosong.. at least 2 liter.. sy ritu igt ad kncing kotor..tapi x dak pun Masa check..sbb sy kerap sgtt kencing, tu Masa masuk 4 bulan.. xsampai 5 mnt kencing ,igt kena kencing Kotor dah .mmg smnggu sblum prgi check up, sy pulun minum air masak bnyk2..dc bgitau mmg prgnt kena minum air kosong dgn bnyk.. alhamdulilah xdak kencing Kotor.. minum air n minum air barli jugak. elok utk kencing Kotor.

Baca lagi

Ubat nya mmg minum air kosong banyak2. Tak kira la sejuk atau suam. Sejak sy kena kencing kotor (sampai sy warded hampir seminggu) sy minum air setiap hari dlm 2-3L. Kalau tak lalu minum air kosong. Cuba letak sirap ros atau oren sikit. sedikit je jgn bnyk, bgi air tu ada rasa je. Another tips, awak minum air mineral. Setiap air mineral kan ada rasa nya sendiri. Kalau tak suka brand ni, boleh tukar brand lain pula.

Baca lagi

Spjg preg ni x pernah dpt result xcantik untuk urine, cara sy, sy rajin minum air masak. x tnggu dahaga baru nak minum, masa ambil sampel kencing dri rmh tu saya kencing skit dlu then basuh dan lap baru ambil sampel kencing.. Ada jg baca2 ibu d TAP ni kata minum air barli kosong pn dpt buat urine kita x kotor. Tp yg plg penting bagi sy minum air masak secukupnya tiap hari..

Baca lagi
1y ago

Susah jg tu kalau langsung x paksa diri nak minum air masak secukupnya, dr saya selalu pesan air masak jangan kurang terutama musim puasa ni sbb air masak ni mcm ubat semula jadi dlm badan kita semasa kita mengandung. Kurang minum air masak akan buat diri dehidrasi dan kesannya kita akan kerap rasa cramp, badan cepat lenguh, rasa nak pitam, dan banyak lagi. So kalau boleh usahakan la minum air masak secukupnya sehari, bukan utk diri kita je tp utk baby dlm perut..

Result urine saya cantik.. Minum air kosong bnyk2.. dan sya tngok warna air kencing sya.. sya tunggu warna air kencing yg hampir jernih tu.. baru sya ambil.. tiap kali sya buat mcm ni.. Wajib tngok warna air kencing.. selagi kuning selagi tu kena minum air.. begini ja cara saya.. bebas kencing kotor..

Baca lagi

Setakat ni saya tak pernah sangkut urine.. sebab sejak pregnant sy cuma minum air kosong dan susu je. Air manis memang tinggal terus. Bila dah terbiasa minum air kosong je sampai dah tak teringin nak minum air manis.. sis kena byk kan minum air kosong je.. InsyaAllah xde masalah pon kencing kotor.

minum air barli. mcm saya tiba tiba tak suka air kosong air masak air mineral semua saya geli. nurse ada suggest tambah la air cordial oren siiiiiikit jangan manis sangat. asal ada rasa ja supaya tak loya. saya sampai kena tahan wad tau seminggu kencing kotor hahahahah

1y ago

5hari warded on antibiotik. saya sakit pinggang belakang masa tu jadi suspek kidney stone tp takda dan tak sakit pun skrg. sambung checkup nanti lepas bersalin. harap takda apapala hanya pembawaan mengandung. kena bulan12 haritu. due 30 april ni hehe

sy sllu kena tp nasib lah doktor ckp masih terkawal. Kena banyak minum air sis. Kalau susah telan air yg kosong cuba air limau kasturi. Kena paksa minum air juga spya awak bnyk kali kencing. Tujuan nya utk cuci buah pinggang juga. InshaAllah jadi.

sya seblum ni pun kencing kotor. lpastu ibu sya suruh amalkn pgi mnum air sunquick oren takyh letak gula. alhamdulillah skrg dh msuk 7 bulan dh tak sngkut kecing kotor.