TIDUR TENGAH HARI
Hye mommies. Siapa sini ada pengalaman kuat tidur tgh hari , baby membesar dlm perut? Dgr2 org tua dulu kata kalau kuat tido tgh hari,baby akan mmbesar nak bersalin nt ssh ? Fakta kah mitos?
Salam sejahtera puan, untuk makluman anda, ibu hamil sememangnya lebih mudah letih dan ini akan membuatkan mereka tidur dan ingin berehat lebih kerap. Tabiat ini tidak membawa kepada sebarang kesan terhadap saiz bayi. Namun begitu, kondisi kencing manis ketika hamil boleh menyebabkan saiz bayi menjadi lebih besar dan ini adalah tidak bagus. Oleh itu, anda haruslah menjaga pemakanan anda dan cuba untuk melakukan senaman ringan yang sesuai untuk ibu hamil. Anda boleh layari www.DoctorOnCall.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sebarang masalah kesihatan atau bercakap dengan doktor bertauliah secara atas talian. Terima kasih.
Baca lagiKurafat . saya tak tido tghari pun anak besar dlm perut , saya tido tghari pun anak besar dlm perut . Mak tinggi 148 Ank sulung 3.3kg Ank kedua 3.5kg Ank ketiga 3.9kg Ank keempat, 38weeks berat baby dlm perut dah 3.5kg, bertabah la anak besar2 ni😂
Baca lagiSy suka tido tgari..sb pagi tlg mak kt kedai so tgari penat la kan,ap lg lpas kje tu tido la..alhamdulillah slmat mlhirkan baby boy 10.12 dgn brt 3.5kg😁
Biasa la tu.. org tua2 dulu bayak sgt pantang larang ye.. ikut pada kita la nk ikut atau tidak.. tapi dah mengantuk takan la nk sengkang j biji Mata tu kan hahaha
Yeke ? Saya tk prnah dgr pulak .hihi . Tp time rehat kt opis saya selalu je tido .at least 10minit. Dr mula mgndung smpi laa skrg dh msuk 7bulan dah
Saya kalau tengah hari je, mata wajib mengantuk 😂 elok lah mummy and baby rest. Besar tak besar lain cerita asalkan dua dua sihat.
Slalu gak tdo tgh hari lps masuk 3rd trim.. mungkin sbb badan letih kot bngon2 trus buat kje umah.. hbis tu tkkan la xleh rehat 🧐
Sy second trimister dah tak tidur siang . Tidur mlm je. 1st trimester dlu siang malam tdo smpai org tua ckp mcm sis bgtau tu😂
Mitos sis. Sy suka jugak tdo tghari. Alhamdulillah beranak haritu 2.7kg. Okay je tak besar sgt xkecik sgt 😍
Sye mengantuk tapi tak boleh tidur 🤣😂 Kekadang je dapat tido tengah hari