Gatal bahagian perut

Hye camne na atasi gatal perut Dan elak Garu supaya streckmark muncul . #SeriusTanya #bantujawab #ingintahu

15 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Untuk mengatasi gatal pada bahagian perut dan mengelakkan daripada menggaru agar tidak terjadinya stretch marks, anda boleh mencuba langkah-langkah berikut: 1. Menjaga kelembapan kulit dengan menggunakan losyen atau minyak badan yang sesuai. 2. Memperbanyakkan pengambilan air untuk menjaga kelembapan kulit. 3. Mengelakkan pakaian yang ketat dan memilih fabrik yang lembut untuk elakkan iritasi kulit. 4. Mandi dengan air sejuk dan gunakan sabun yang lembut. 5. Mengamalkan pemakanan seimbang dan sihat untuk kulit yang sihat dari dalam. 6. Mengelakkan makanan yang boleh menyebabkan reaksi alahan. 7. Gunakan teknik "pat-pat" untuk meredakan gatal tanpa menggaru. Sila ambil perhatian bahawa jika gatal terus berlarutan atau menjadi lebih teruk, adalah disyorkan untuk berjumpa dengan pakar kesihatan untuk pemeriksaan lanjut. Jangan ragu untuk berunding dengan doktor bagi nasihat yang lebih tepat. Semoga membantu! https://invl.io/cll7hzz

Baca lagi

hihi biasa tu momy,redha ya garu sikit sikit je..manja manja klau kluar pun sikit InshaAllah sapu la apa losyen yg ptt tp klau nk jd tu jd juga nti..biasa klau perut nya besar btl mmg akn kluar byk kalau kecil mgkn xnpk sgt,sbb tak begitu tegang kulitnya

Saya guna massage cream jenama “palmer’s” memang menjadi. Mengurangkan rasa gatal and elakkan strech mark dari muncul. Saya guna dari usia kandungan 6 bulan+ now saya dah 8 months pregnant takde strech mark lagi.

saya gosok2 je tapi end up stretch marks timbul juga dh mcm corak buah tembikai. awal pregnancy tak skip pakai serum ngn lotion utk elak stretch marks. maka skrg terpaksa redho dgn corak2 tersebut🫠

sis sy pom sama. gatal2 dekat perut rasa mcm xleh nk than. kdg time tdo kita x perasan kan..mmg akn trgaru..tp sy selalunya kalau gatal sy akan gosok2 dgn bju cmtu jelah. then sapu lotion palmers tu

Dari awal kena mmg hari2 kena pakai lotion. Gatal tu sbb kulit makin stretch. Boleh try palmers lotion. Kalau gatal elak garu pakai kuku. Usap2 perut in circle motion.

saya tepuk tepuk gosok jangan garu tau sebab orang cakap kalau garu nnt keluar strech mark tak tahu la kan, then letak minyak or lotion supaya kulit perut tak kering

pakai cream/oil yg moisturising + ada anti-inflammatory property macam aloe vera atau chamomile atau cica etc.

Minggu brapa ya mula naik stretch mark? Sbb sya 29w stakat ni belum ada..

Saya guna minyak zaiton arab.. Alhamdulillah xde streckmark