Screencap, Komen & Menang produk Mothercare📱

Hujung tahun ni jom menang hadiah menarik dari Mothercare jom? Kali ni 10 Pemenang Bertuah Bakal Memenangi Newborn Starter Tote. Dengan itu, anda semua berpeluang besar untuk memenangi hadiah ni. Sila pastikan anda mendaftar di contest dulu dan jangan terus komen di sini tau. Sebab kalau tak daftar, ia dikira tidak sah. Contest bermula pada 18/11/2022 - 1/12/2022. Semoga berjaya! Link ke contest: https://community.theasianparent.com/contest/screencap-komen-menang-produk-mothercare/1723?lng=en

Screencap, Komen & Menang produk Mothercare📱
51 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Saya layak memenangi Newborn Starter Tote kerana ianya dapat memberi kenangan terindah buat saya, suami dan si kecil yang bakal dilahirkan. Hal ini demikian kerana, ini adalah pengalaman pertama saya sebagai seorang ibu dan berharap dengan menyertai peraduan dan memenangi hadiah daripada “Mothercare” melalui platform “theAsianparent” dapat sedikit sebanyak memberi kenangan bernilai buat saya sekeluarga kelak. Artikel yang disiarkan di platform turut memberi kefahaman mendalaman dan manfaat sepanjang tempoh kehamilan ini. Tambahan pula, semasa usia kandungan 18 minggu saya telah menjalani pembedahan pembuangan cysts di sebuah hospital dan Alhamdulilah kandungan saya sihat seperti biasa. Mendalami dan membaca mengenai input yang berkaitan dengan kesihatan diri di tempoh kehamilan berkenaan cysts sedikit sebanyak memberi gambaran kepada saya mengenai penyakit itu sebelum mengambil keputusan untuk pembedahan. Terima kasih theAsianparent untuk artikel yang berguna. 🤍

Baca lagi
Post reply image