11 Balas

sy juga pernah buat kesilapan umur sebaya awak and pregnant tapi tak nikah lg..mmg ex boyf ( skrng alhamdullilah dh jadi suami yg sah ) ada suruh gugurkn dengan alasan nasab keturunan kat bayi nanti..tapi dlm pd masa yg sama kita sebagai perempuan kena pertahankan n jadi kuat jangan terpedaya sampai nekad nak gugurkan juga sebab yg sakit lalui kita juga bkn lelaki..gugur ni tak bole bawa main silap langkap awak bole pendarahan dan bawa maut..awak banyakkan berdoa dan bertaubat minta allah buka hati dan mata boyf awak tu supaya dapat berfikir yg mana baik n yg mana buruk..mcm sy alhamdullilah si dia dapat berfikir dgn waras dia kata org lain yang dah kahwin bertahun pun susah nak dapat anak kita yg terlanjur ni terus fikir nak gugurkan/buang n dia juga pernah ckp nanti kalau gugurkan mana tau ttba kena karma tuhan x bg terus anak..masa kami berdua dh redha dan ikhlas nak terima dan jaga dek baby ni sama2 dlm waktu yg sama tgh settlekan borang nikah tak lama lepas tu saya keguguran..waktu tu sy sedih juga sebab janin pertama yg berpenghuni kt rahim saya dh tkda masa tu waktu menikah lg 3 minggu lg..tapi alhamdullilah skrng kami dah halal dah skrng sy dh pregnant semula dh masuk 4 bulan selepas sebln nikah...nasihat sy kat sni jangan gugurkan ya awak🤍saya sebagai umur yg sebaya awak skrng ni nak pesan first awak kena taubat dan berdoa kt allah semoga boyf awk berubah fikiran bole bertanggungjawab..lg satu awak kena bgtau parents awak tentang hal ni setakat kena marah atau bising tu perkara biasa org tua mana ja x hancur tgk anak dia mcm ni tp percaya la kasih sayang depa tetap ada kt awak..atau lg better awak duduk ja di pusat perlindungan sehingga baby awak lahir..tlgg laaaa jangan gugur sy akui gugur tu sebenarnya sakit sangat n bermain dgn emosi juga..awak kena igt karma tu wujud so please yaaa jngn buat keja gila

Sebaiknya bagitahu ibu bapa. Jangan simpan rahsia, walaupun kena marah, parents kecewa sekurang2nya awak mungkin akan dapat support dari awal. Kalau tidak, nanti masalah lain datang contohnya tiba tiba awak di diagnos ada depression. Lagi akan effect dekat diri awak. Haram untuk gugurkan, saya ada pengalaman dengan sahabat saya dalam situasi macamni. Nasihat saya, better teruskan sis, anak tak bersalah. Kalau family tak nak jaga, awak tak mampu untuk jaga, fikir masak masak. Samada nak serah ke JKM, atau nak bagi je family yang awak percaya untuk jaga kan sementara anak awak. Apa pun, fikir masak masak ye. Jangan buat keputusan melulu. Mungkin sekarang tuhan bagi awak ujian mengandung walaupun belum berkahwin. Tapi kalau awak gugurkan, awak yakin ke akan ada rezeki mengandung lagi selepas berkahwin? Jangan risau, setiap dugaan ada hikmah dia. Okay? Stay strong.

wajib beritahu parent..sbb benda ni berkait dengan nasab keturunan anak. esok2 anak dilahirkan berbin kan siapa..lagi2 anak perempuan nak vari wali. kesian tau.byk dah oengajaran dlm drama terkahwin dgn bapa sendiri la, adik beradik la.haa tu semua amanah dari kita sendiri.semua kena jawab dgn Allah esok. Baik2 perkara boleh bincangkan. samada parent boleh terima atau tak.sekurangnya mreka tahu..dan ada je yg parent yg baik boleh jaga awk dan baby hingga melahirkan. mudahan semua dipermudahkan dan berharap la bf awk bertnggujawab. Dosa zina,bunuh anak. hidup awk lepastu tak kan tenteram.percaya lahh yg awk akan menyesal seumur hidup. mcm awk menyesal berzina mcmtu la penyesalan hidup awk sendri yg awk tentukan. bertaubatlah

adik tglkn bf.. lps ni jgn dekatkn dgn zina... jd kn pgajaran. jgn gugurkn kandungan.. cukup la dosa besar adik buat.. anak xbsalah... skrg adik pregnant dh bpe minggu? ramai lg psgan nk anak xdpt anak.. adik ade anak jgn la buang die🥺 Kalau berani bgtau org tua.. klu adik takut nk bgtau bole cari ngo.. xpun klu nk tutup kes terus, jiran sy dulu penah amik anak akat luar nikah.student, family xtahu..die tgung semua kos bsalin swasta. so xde mlalui kebajikan... smpi skrg jadi rahsia... tp klu kuat bela la sndiri, tp kne bgtau kluarga..family pguat kite. ada family mula2 je mara, nnt dh tgk cucu dgn mata sndiri. dorg akan syg lebih dr syg anak.

Kalau ikutkan haram untuk gugurkan. Seeloknya awak bagitau family awak sebab benda ni bukan hal remeh tau. Awak perlu support dari family awak. Tak pun orang yang paling awak rapat. Rasannya ada juga badan ngo yang bantu gadis yang terlanjur macam awak ni, dorang boleh bantu juga. Boleh try google. Last sekali, awak boleh break dah dengan boyfriend awak tu kalau dia tak nak bertanggungjawab.

sis. jangan gugurkan. kesilapan lepas kita tak boleh ubah. tapi jgn buat kesilapan yang lagi ya. balik la kepada keluarga dan minta maaf. teruk macam mana pun kita, family akan terima. mula2 mesti parents akan marah dan kecewa. kena kuatkan mental ya. saya doakan sis baik2 dan dipermudahkan segala urusan. jangan lupa buka buku pink ya supaya kesihatan ibu dan bayi ade pantauan.

adik..tolong jangan gugurkan bayi.. anak tak bersalah dik.. hubungi keluarga dan hubungi badan ngo yg terbabit yg boleh bantu adik.. tolong adik, jangan gugurkan kandungan.. adik doa banyak2, waras dalam membuat keputusan.. balik lah kepangkuan keluarga adik..

better bgitahu family... gugurkan anak ni haram di sisi agama islam.. dan bolehh memudaratkan si ibu sendiri..

Dek berdosa kalau gugurkan.. kalau tak nak anak tu rasanya eloklah bagi dekat sesiapa ..kesian baby tu..

BERZINA DAN BUNUH ANAK dua2 HARAM..mohon Bertaubat

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan