12 Balas

Salam ibu hamil, Saya faham yang anda sedang mengalami keadaan yang tidak selesa. Tanda-tanda seperti darah dan lendir ketika hendak kencing memerlukan perhatian segera. Walaupun sakit senggugut ringan, tetapi keadaan ini mungkin merupakan tanda bahawa persalinan sudah semakin hampir. Saya syorkan untuk segera pergi ke hospital untuk mendapatkan nasihat daripada pakar kesihatan. Doktor akan dapat melakukan pemeriksaan menyeluruh terhadap keadaan anda dan bayi dalam kandungan. Jangan tunggu lama untuk pergi ke hospital, kerana kesihatan anda dan bayi sangat penting. Semoga semuanya berjalan lancar dan selamat. Terima kasih. https://invl.io/cll6sd8

Dh ada darah kn? Pergi hospital terus sis.. sy dlu mcm tu juga kluar lendir darah tp xde rasa contraction pn, sy pn confuse nk g hospital dh ke blm tp last2 pergi je la utk check je. Nasib juga decide g je hospital sbb smpai je dpan pintu LR tu terus pecah air ketuban, sdgkn sblm tu xde rasa contraction apa pn. Bersalin masa 38w juga

boleh g terus hospital n check, saya dulu pon mcm puan tp x de sakit..36 weeks..kne monitor dh leaking check bukaan kurang kne warded seharian esoknya kne bersalin sbb leaking almost 24 hrs.

Alhamdulillah dah selamat bersalin td kul 6 ptg. . smpai2 hospital dah 4cm ☺️ . . tq mommy semua yg bagi respon. . 38week6day

Sy dulu 22 anak mcm tu sis. Takde contraction tp keluar lendir coklat + darah g hosp check bukaan dh 2cm. Sempat la masuk wad kejap tp maghrib tu dh bersalin.

Naturally bersalin sis. Bukaan 4cm dh kne masuk LR. Tggu 10cm terus kne teran . Hosp tempat sy tu kalau check dh 2cm mmg die tahan terus tak bagi balik. Kalau tempat akk ipar sy die suruh balik dulu.

Kene g spital sis.. Sy pon sama cmtu.. Ada lendir darah tp xsakit pon.. G spital bukaan dh 3cm..masuk pagi petang dh bersalin..

tanda2 awak tu sama mcm saya , kencing2 keluar lendir darah sekali esok tu dalam ptg saya pi hospital , mlm saya beranak . 😊

kalau ada darah, terus ke hospital. jangan tunggu-tunggu. semoga dipermudahkan urusan bersalin sis

kalau dah ada lendir cmpur darah terus gi hospital sis..

TapFluencer

Terus ke PAC HOSPITAL untuk pemeriksaan bukaan.

Soalan popular

Artikel Berkaitan