Perut Cramp dan sakit pinggang

Hii ibu2. Saya nak tanya, saya baru berkahwin. Baru2 ni saya tak sedap badan, rasa perut cramp mcm nak period tapi tak period2. Dah delay 5hari. Saya test upt, result negatif. Malam2 tak boleh tido sbb rasa sakit dkt pinggang. Perut pon asyik bloated je rasa mcm penuh. Badan malam2 rasa panas. Tp suhu normal je. Adakah tu tanda awal kehamilan ye? Saya guna test pregnancy shopee result semua negatif. Ke yg shopee tak accurate? Saya first time, harap2 ibu2 dapat bantu saya. Terima kasih #firstbaby #cubaanhamil

2 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Cube ambik kencing pertama awl pagi tu. Masa tu hormon hcg paling tggi kalau nak test hamil ke tak. Boleh guna pregnancy test yang lebih canggih cam dip and tell jugak utk dapatkan bacaan lebih tepat. kalau xpun, boleh ulang test ni lepas seminggu lagi utk tggu hormon hcg puan lebih tggi kalau betul2 hamil.

Baca lagi
1y ago

Okay baik puan. Nnti saya cuba lg la test. Terima kasih ye puan

cuba beli upt dip n tell or clearblue

1y ago

Saya dah try yg dip n tell tu. Result negatif jgk. Perlu ke saya pegi kk untuk check? Ke masih awal lg?