Rasa loya dan cepat letih

Haritu lepas masuk 3bulan. Dah hilang dah rasa loya n letih. Start semalam masuk 4bulan. Datang balik rasa loya n cepat letih. Makan sikit nak muntah. Masuk tandas nak muntah. Kalau gosok gigi lagi lar teruk. Pastu asyik mengantuk je. Tapi tak dapat lena pon. Kejap-kejap terbangun nak terkencing. Ada tak korang alami benda sama?

7 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya faham bahawa anda sedang mengalami rasa loya dan cepat letih walaupun sudah melepasi tempoh loya sebelum ini. Simptom yang anda gambarkan seperti muntah, rasa loya semula, cepat mengantuk tetapi sukar lena, dan sering terbangun untuk kencing adalah gejala yang mungkin berkaitan dengan kehamilan. Ia adalah sesuatu yang biasa dialami oleh beberapa ibu hamil. Saranan yang boleh saya berikan ialah untuk memastikan anda mempunyai makanan ringan yang sihat dan mengambil banyak cecair untuk mengatasi rasa loya. Juga, elakkan daripada berlapar kerana perut kosong boleh memperburukkan gejala loya. Jika gejala ini berterusan atau mengganggu aktiviti harian anda, adalah lebih baik untuk berjumpa dengan pakar kesihatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan yang sesuai. Adalah penting untuk menjaga kesihatan anda dan bayi yang dikandung. Jangan ragu untuk mendapatkan bantuan dari profesional kesihatan untuk memastikan segalanya berjalan lancar dalam kehamilan anda. Semoga segala yang baik bagi anda dan bayi yang sedang dikandung. https://invl.io/cll7hzz

Baca lagi
6mo ago

Terima kasih atas nasihat dan info

saya tengah mengalami nye sekarang, makan 2 3 suap je pastu tekak rasa loya dah .. tgok makanan mcm tgok musuh 😅, air masak je la yg boleh masuk tekak, nk minum susu pun tk boleh dh .. berat bdan dah menurun .. saya 14minggu5hari

6mo ago

Tu lar. Saya masa 3bulan haritu hilang kejap loya semua. Siap boleh masak hari-hari n rasa cergas buat kerja rumah. Ni start semalam dah rasa loya balik dan asyik ngantuk je

sama la sis, ingatkan saya je rasa mcm ni huhu, masuk toilet mmg out terus tk boleh mesti akan muntah 😭 skrg saya masuk trim2 still ada alahan hmm, dh la fırst time mom risau

6mo ago

due bile sis?

sama, tpi sy siap muntah kluar hbs bnda mkn. skg smpai tengkak pn sakit sbb muntah byk sgt.

6mo ago

Sungguh. Saya langsung takleh masuk bilik air. Huhu

Alahan teruk ni sis sama macam saya juga😭🥺sya pndai stress kdang2

Sayaa pon rasa yang sama. Masuk 4 bulan macam datang balik sickness🥹

6mo ago

sy dri awal pregy n skrg 4bln hari ii muntah awak😭bdn beragin cpt letih..dh macm kain buruk terbaring kat rmh

sama.... xtau nk MKN PE dh... perut masuk angin dh...

6mo ago

Tu lar kannn. Kadang kalau ada selera tu. Lega sangat. Tapi bukan semua benda boleh masuk.