Induce 38 week

Harini 7/4 appointment jumpa pakar follow up berat baby. Now, 37w. Berat baby 2kg. SGA. Doctor nak induce terus pagi tadi, tapi I taknak sebab nk raya dulu plus tak ready fizikal mental lagi plus terkejut sangat. So, doctor bagi masa seminggu je. So I choose this Sunday 14/4 untuk induce. Seram sangat rasa bila dah tahu tarikh sesiap utk serah diri mcm ni. Memang pulun habis minggu ni nk makan apa yg teringin semua. Next week 38 minggu Mommies boleh bagi tips nk cepatkan bukaan semasa proses induce? Induce ni maksudnya paksa bersalin la kan? 😂 Maksudnya memang sakit gila la kan bila cara paksaan ni. Compare to turun tanda sendiri. I baca ada yg sampai 2 hari induce pun tak terbuka juga. Sampai 2-3dos tk jalan. Siapa ada pengalaman induce boleh share kat bawah. Btw saya bersalin anak pertama. Tak faham sangat induce ni berapa cara yg ada, and yang mana paling cepat & menyakitkan 😂 Bersalin kat gov, I dah request epidural dengan doktor nanti. ##newmom

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

I bersalin induce, 4/3 haritu. Anak first juga. Apa yang I tahu, Induce ada 3 jenis. First, dia akan masukkan belon. Kalau belon jatuh, means ada bukaan 3cm. And dia tak masuk dah ubat lain. You kena layan ja contraction sampai lah bersalin. 2nd ubat induce dia jenis pill and dia akan masukkan dekat faraj. 3rd ubat induce is induce drip (masuk air). Kalau belon you tak jatuh sampai esok pagi, dia akan masukkan 2nd ubat induce (pill). Kalau masih takda bukaan jugak, dia akan buat 3rd induce (induce drip). Kalau still takda bukaan, kena czer la jawabnya. Hospital gov ni dia nak usahakan kita utk bersalin normal dulu kalau boleh. From my experience, Lain orang, lain experience dia sis. Macam I, 4/3 tu pukul 7 pagi, doc induce belon dulu dekat i. Then terus i rasa contraction kejap2. Pukul 7pm, belon i jatuh. And keep on layan contraction sampai pukul 11. Pukul 11 bukaan jalan dah 8cm terus ke LR. 11.25pm, bersalin. Kita jangan dengar sangat cakap orang. Badan kita dengan orang tak sama. Ada orang yang mudah, ada yang susah, tak semua sama. Kawan i pun cakap induce sakit gila2 dari turun tanda sendiri. Walaupun i tak beranak turun tanda sendiri, i rasa sama je sakitnya. Dua2 kena layan contraction kan. Contraction tu yg sakit sebenarnya. Yang beza cuma masuk ubat kot bawah je sis. Sama je mcm doc seluk nak check jalan. Tips dia tak nak bagi sakit, you rileks ja. Jangan keraskan badan. Berdoa byk2 supaya urusan bersalin kita dipermudahkan dan kurang sakit. Rate sakit bersalin i, i boleh bagi total 4/10. Contraction ja yang paling sakit. Nak bersalin tu tak rasa apa dah sakit kat lubang tu. Sebab contraction tu melebihi segala sakit. Setiap kali contraction datang, you layan je. Tarik nafas dalam2 then hembus. Sampai contraction hilang. Contraction datang lagi, you ulang. Zikir dan selawat banyak2. Saya amalkan doa nabi yunus, zikir Innafatahna laka fathammubina, doa Hana waladat maryam (doa utk kurangkan sakit inshaAllah) (search google).

Baca lagi