Pengalaman minum air gula

Hari ni selesai minum air gula😁 Saja nak kongsi pengalaman. Sebelum ni risau sangat apa rasa air gula ni sebab tgk pengalaman orang ramai bagi tips nak minum air gula mcm mana. Ada yg suggest, cuba minum sambil berdiri jalan2 sikit, tarik nafas dlm2 sebelum minum, minum laju2 jgn benti2 heheh Alhamdulilah lepas amik darah, kebetulan tekak tiba2 haus sebab puasa dari pukul 10malam jadi tekak kering. Bila rasa sikit air gula tu hujung lidah, bagi saya takdelah teruk sngt jadi saya minum mcm air masak. Cuma batuk sikit awal tu sebab tekak mcm perit. Bila air dah nak habis tu, tekak mula rasa loya tapi masih okay. Bagi saya, ini la part paling seksa iaitu lepas minum air gula dan nak bertahan 2 jam😂 Fuh pening kepala yg sangat teruk, perut tak selesa, tekak loya teruk. Sementara tunggu 2 jam dlm kete, saya tutup mata je cuba nak tido. Alhamdulilah berjaya tahan tak muntah dan tak sangkut. Tapi kena minum lagi kali ke2 bulan 12 nanti adoiiiii🥹 Memang akan ada banyak kali ke minum air gula ni? Saya ingat minum sekali, kalau tak sangkat, kira okay dah. Tak perlu minum lagi. #firstmom #firstbaby

1 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

mmg kne minum dua kali sis🤭sy pon nti bulan 12 kne minum lagi skli ble da 28weeks..untuk kali kedua..pastu xde dah..yg first minum air gula mase bukak buku pink sbb umo dah lebih 25tahun ke atas...sy xde sgkut GDM pon sme first minum tu pon..kne jgk repeat nti bulan 12...bertabah la kite mak2 ni🤭

1y ago

ohh hahah ingatkan sekali ni je kena tahan. siap usap perut cakap dgn baby, sabar ye sekali ni je😂 tiba2 dapat tarikh kena minum lagi heheh nak jadi mak bukan senang ye😄