BARANG KEPERLUAN HOSPITAL

Hai..Saya nak tanya pump susu dan milk storage perlu bawa ke hospital time di ward nnti? Sy both nipple inverted, jd saya risau kalau susu bengkak.. Nak bawa botol susu hosp kerjaan x benarkan.. Tp saya dah prepare awal2 nipple puller, nipple shield, nipple cream. Sbb niat mmg nak df anak.. Pengalaman anak 1st failed susu banyak tp anak tak boleh nak latch, nipple xde langsung.. 😞😞😭 Lagi satu boleh bawa nursing pillow x pergi hospital?? #ingintahu

8 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Oh hai! Sebenarnya, kebanyakan hospital memang benarkan ibu untuk membawa pump susu dan milk storage ke dalam bilik hospital. Ini kerana penting untuk memastikan ibu dapat menyusukan anak walaupun berada di hospital. Mengenai botol susu hospital, memang kebanyakan hospital tidak membenarkannya, jadi lebih baik prepare awal dengan nipple puller, nipple shield, dan nipple cream seperti yang awak dah buat. Kalau nak bawa nursing pillow ke hospital, kebanyakan hospital tidak membenarkan benda-benda besar dibawa ke dalam bilik, tetapi anda boleh cuba tanya terlebih dahulu kepada pihak hospital. Mungkin mereka boleh beri kebenaran khas. Penting juga untuk bercakap dengan jururawat atau doktor di hospital untuk mendapatkan nasihat dan sokongan yang diperlukan, terutama berkaitan dengan masalah puting susu yang terbalik. Semoga pengalaman kali ini akan lebih lancar daripada pengalaman sebelumnya. Jangan putus asa, ya! #ingintahu https://invl.io/cll6sd8

Baca lagi

👍🏻 good job sis dah prep nipple shield etc tu. cuma pam susu tu tak perlu lagi rasanya. susu awal nanti kan likat, sayang nanti banyak melekat di pam susu je. better sis just bawa beberapa syringes 1-2ml + feeding cup + milk storage bag. kalau tak dapat nak DF nanti, sis just marmet ke dalam feeding cup and suap baby pakai feeding cup je. atau masuk dalam syringe and suap baby pakai syringe. kalau ada lebih, boleh simpan dalam milk storage bag. rasanya boleh minta nurse simpan dalam fridge di wad. nursing pillow boleh je nak bawa. moga murah rezeki baby dapat minum susu ibu 🩷

Baca lagi
3w ago

Oh yee.. Anak 1st dulu minum susu guna cup tp smpai 18 hari je.. Sy pun terlepas pandang nak bawa syringe @ feeding cup Boleh sy tambah dlm list sy.. Terima kasih sis atas kata2 semangat.. InsyaAllah moga ada rezeki baby Dpt minum susu n df.. ❤️❤️😘😘

Hi, mommy 👋 Well done on your preparation🌹 Pump & milk storage tak perlu. Nursing pillow boleh bawa. Lagi selesa untuk awak dapatkan posisi yang baik untuk menyusu nanti. Satu lagi pesanan saya, jangan lupa dapatkan bantuan dan tunjuk daripada nurse soal penyusuan nanti. Hospital kerajaan kat Malaysia ni best sebab Hospital Rakan Bayi. Jadi akan ada lactation nurse di setiap hospital kerajaan. Semoga breastfeeding journey awak dipermudahkan 🌹

Baca lagi

x perlu pun bwk pam..Klau bwk storagemilk yg botol kecil tu mungkin blh awk just pakai kaedah mermet je bg breast lega..lg stu awl2 breast x bengkak pun sbb susu bru nk keluar n susu blm ad demand yg btl lg..bila kerap bg bru makin lama makin bnyk ikut demand bby,lg plk bby bru lahir perut kecil Aje besar buah Cherry je

Baca lagi
TapFluencer

Di HTJ, tak dibenarkan sebab hospital rakan bayi = penyusuan susu ibu (direct feeding). Belajar marmet dgn betul. Lagipun untuk 1st month kelahiran, pam tak sesuai, nanti over supply, lagi susah nak uruskan. Bulan kedua selepas bersalin, OK sesuai untuk pam. Nursing pillow boleh je utk keselesaan puan.

Baca lagi

nursing pillow boleh je.. kalau takmau sibuk kat katil @ makan space sblm baby lahir, blh sumbat bantal dlm vacuum bag dulu. sy dulu bwk bantal yg bentuk bulan separuh tu bkn bulan sabit. bantal masa pregnant guna tu utk lapik bwh perut bila baring, masa baby lahir guna as nursing pillow plk

Bawak je sis sebagai preparation takut bengkak susu. Saya hari tu lepas bersalin baby tak pandai isap mula2, pastu sy try mermet pun tak keluar mgkin sbb sy tak pandai kot.. pam susu sy tak bwk ke wad.. lastnya menangis sy sbb sakit bengkak susu 🥲

Ikut kesesuaian. Mcm ipar sy dia mmg bawa pump susu sbb smpai anak dia yg ke4 asal bru bersalin breast mmg bengkak, byk susu. Since newborn perut kecil lg kn so dia mmg kena pump.

3w ago

Sy ank first dlu mcm ni la bengkak dua2 susu..bagi anak mnum smpai muntah sudah.. mungkin sy overfeeding..last2 sy pump ja la mmg dpt byk..tp sy x bwa pump pergi hospital, msa tu x plan pump lg..lpas balik baru pump