mcm mana nak bg anak direct feed semula ?

hai. sy start bg anak sy susu botol dari umur dia sebulan. hari2 sy pam susu sbb sy bekerja. tp sekarang sy dh tak kerja mcm mana sy nak anak sy hisap direct semula ? sy dh cuba bnyk kali bg dia hisap direct tp dia tknk. dia menangis mcm kena dera tknk hisap direct. dia nak hisap botol jugak. kalau boleh sy nak dia hisap direct semula. ada sesape boleh bg cadangan ? stress jugak sy hari2 šŸ˜­#firstmom #bantusharing #pleaseadvise

3 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Cara AtasiĀ Nipple ConfuseĀ  #1 : Hentikan penggunaan botol susu. bayi perlu bekerja keras dan menggunakan semua otot mulut untuk menghisap susu pada payudara. Oleh sebab itu, bayi lebih mahu botol susu kerana hisapan botol susu lebih mudah. Ada cara lain untuk memberikan bayi susu perahan sementara menunggu bayi mahu menghisap payudara semula seperti sudu , syringe , cawan , sudu puri baby. #2:Ā Skin to Skin. Skin to skinĀ adalah keadaan di mana ibu memeluk bayi di dada tanpa memakai baju dan pakaian dalam. Bayi juga tidak dipakaikan baju. Jadi kulit bayi bersentuh dengan kulit ibu. Kaedah ini bertujuan untuk: - Membantu bayi mengenali payudara ibu adalah tempat yang selamat dan tenang. - Membiasakan bayi dengan bau susu pada payudara ibu #3: Pujuk Bayi SemasaĀ skin to skin, ibu-ibu boleh bercakap dengan bayi. dan memujuk bayi untuk menghisap susu pada payudara. Usap kepala bayi sambil bercakap dengan bayi. Pujuk bayi untuk hisap susu pada payudara. Elakkan memaksa bayi untuk menghisap payudara. Semasa mencuba untuk latch kan bayi pada payudara, jika bayi mula meraung dan menolak, hentikan dahulu usaha tersebut. Jauhkan bayi daripada payudara seketika dan tenangkan bayi. Berikan bayi susu dengan cara lain sementara waktu, tetapi elakkan penggunaan botol susu. Langkah tersebut penting, kerana jika dibiarkan bayi menangis pada payudara terlalu kerap, bayi berkemungkinan akan declare kawasan payudara sebagai ā€˜war zoneā€™ yang tidak disukainya. #4 : Beri Payudara Apabila Bayi Menunjukkan Tanda Awal Mahu Menyusu Pastikan ibu mula cuba beri payudara dan dapatkan lekapan yang baik semasa bayi menunjukkan tanda-tanda awal mahukan susu. Pada waktu ini, bayi masih tenang dan ibu juga lebih tenang untuk memposisikan bayi dengan baik pada payudara supaya dapat lekapan yang baik. #5 : Beri Bayi Susu Apabila Susu Mula Keluar. Untuk bayi yangĀ nipple confuse, adalah baik jika ibuĀ marmetĀ (teknik perahan susu dengan tangan) sehingga susu mula menitis keluar. Titiskan susu ini sedikit pada bibir bayi. Ini bertujuan untuk menarik perhatian bayi supaya menghisap pada payudara. Seterusnya, ibu boleh mula posisikan bayi dengan betul dan mula lekapkan bayi pada payudara. #6 : Buat Urutan Pada Mulut BayiĀ (Oral Stimulation) Caranya: 1) Gosok pada bahagian dalam pipi bayi. Usap dalam urutan membulat. 2) Gosok pada lelangit bayi. Bayi akan mula menghisap. Ini akan membantu bayi 3) Gosok atas lidah bayi dalam urutan membulat. 4) Urut secara membulat di sekitar luar mulut bayi. Ulang langkah 1-4 sebanyak 3 kali. Cuba lakukan selepas ibu nampak tanda awal bayi ingin menyusu. Ambil sedikit masa untuk buatĀ oral stimulationĀ ini dan kemudian cuba untuk berikan bayi payudara.

Baca lagi
TapFluencer

Puan dapatkan bimbingan drpd kaunselor penyusuan bertauliah. Ikuti GROUP FB HAPPY BREASTFEEDING MALAYSIA atau medsos Owh Didiyana. Banyak info bermanfaat.

Usia anak?

10mo ago

3 bulan