Memerlukan pendapat

Hai, sy SAHM yg pernah menjadi working mum dan mempunyai sepasang ank yg kini fasa toddler. Sy nak tanya adakah dikira berdosa sekiranya sy bekerja semula tetapi pasangan tak benarkan atas alasan tunggu ank2 besar dahulu. Sebelum pregnant ank ke2, sy merupakan working mum..sy terpaksa surrender my job ats sbb kesihatan terjejas semasa pregnant ank ke2 yg kini berusia 19bln. Sejak dari awal tahun, kami diuji dgn banyak komitmen, namun bila sy utarakan hasrat utk bekerja semula, pasangan terus kata "tak perlu.. tunggu ank besar". Sy rasa sgt terbeban lihat pasangan balik rumah dgn muka muram, bgtau komitmen2 yg xpernah habis. Pasangan buat multiple job tp masih tak cukup utk cover segala komitmen yg ada. Itu belum lg komitmen sy, yg dah lama tertunggak kerana tidak bekerja. Tiap malam sy tidur dlm keadaan tak lena. Sy ada cari income dari rumah, tetapi kebanyakan perlukan modal, tambahan sy menguruskan ank2 sy yg berada dlm fasa toddler, buat sy tak dapat fokus dan akhirnya terkubur. Sekarang sy hanya menjual brg2 peribadi utk dptkn sedikit duit poket. Sy terfikir utk pulang ke kg since peluang pkerjaan sgt banyak disana, tetapi pasangan mesti tidak setuju. Nak kerja disini, hanya dibayar gaji minumum tak kisah apa kelulusan yg ada kerana kwsn luar bandar. Belum lg kos pengasuh yg perlu dikira. Sy tak tahu nak minta bantuan siapa lagi. Nak minta bantuan keluarga sy, mereka pun bukan lah dari golongan org senang. Sy tak berani buka mulut pd keluarga mertua tntg keadaan kami..takut jd perbalahan. Ibu2 budiman, boleh tlg beri pendapat yg positif tntg situasi sy. #Needadvice

1 Balas

Klu tnya sudut agama sy honestly x sure kna tnya lebih arif.. cuma secara general sebaiknya dptkn kata sepakat dri psngan sbb klu buat secara diam nti confirm blh gduh dan tkut gduh to extent jejas ank2 nti.. sy ada list of website u blh g tgk utk kerja dri rumah.. sy bukan scammer, sy bukan dpt commission apa pn.. sy just share sbb dlu prnah ada d position yg nak cri duit tp msih nak jga ank.. mostly ajar tuisyen tp sepupu pernah juga try semua tu kcuali telus tu x prnah lg.. blh search dan tgk satu2 tu sblm try..semoga ada rezeki 1. Freelancer (any job) 2. ⁠pro-z(mainly translation) 3. ⁠acclaro (translation) 4. ⁠fiver(any job) 5. ⁠tutorprof (online tuition) 6. ⁠transcribeme (transcription) 7. ⁠telus (ai training)

itulah..sy serba salah sebenarnya...apa pun terima kasih ats nasihat dan info. nanti sy survey satu2.

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan