Positif Covid Ketika Mengandung

Hai siapa dalam ni pernah kena covid ataupun dah kena untuk kali kedua. saya kena utk kali kedua & tengah mengandung 5 bulan. semalam dah contact dgn nurse klinik yg cek saya apa semua tu. dia kata kuarantin mcm biasa dekat rumah. cumanya kalau simptom demam masih teruk,sakit kepala yg teruk & ada spotting darah terus ke hospital. cumanya disini, saya ingin bertanya pada ibu2 dalam ni. semasa kuarantin ada ke guna petua apa²? nak kata saya demam Alhamdulillah dah kebah lah. cuma tinggal batuk & selsema yg kuat. nak tanyalah boleh ke minum air kelapa original semasa mengandung? minta maaf kalau soalan saya ni pelik. saya mengandung anak pertama & terkena covid untuk kali kedua. kali pertama kena tahun lepas & ini kali kedua. kalau rang mengandung memang sah2 lah ubat dia paracetamol kan. selain paracetamol boleh ke nak minum air kelapa ? #seriusnanya #ingintahu #firstmom #pleasehelp

 profile icon
Tulis jawapan
Jadi orang pertama untuk membalas!