Hamil ke tidak?

Hai semua. Sy nak tanya. Sy last period 26.10.2023. Sebulan lepas tu. pada 27.11.2023 sy buat ujian kehamilan. Ada dua garis. Esoknya sy pergi ke hospital sbb sy mengalami pendarahan dan sakit perut yg teramat. Doktor sahkan, kehamilan ektopik. Dan sy kena buat pembedahan hari tu jgak, disebabkan darah dah penuh dlm perut. Dan awal bulan 11, sy keluar darah dan ketulan. Tapi x lama. Dlm 3hari saja. Selepas sebulan pembedahan tu. sy masih lagi x dtg haid. Tetapi. Sy mcm ada tanda2 org mengandung. Kerap membuang air kecil. Sakit pinggang. Emosi x stabil. Selera makan bertambah. Jerawat naik ke badan dan muka. Kadang2 ada rasa mual bila makan dan minum yg manis. Dan sy dah sebulan tidak melakukan hubungan bersama pasangan. Jadi persoalannya. Adakah sy hamil? Dan apa yg perlu sy buat? #pleasehelp #seriusnanya #ingintahu

8 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

takziah sis, moga sis kuat ya. Allah uji hamba yang Dia tahu mampu je. inshaAllah apa yang jadi tu asbab untuk naikkan darjat sis & suami, ameen 🌹 sis dah ada bersama suami ke lepas operation tu? kalau tak ada bersama suami lepas operation, mustahil sis pregnant semula dah. macam sisters lain cakap, most probably saki baki HCG dari pregnancy sebelum ni, atau mungkin juga simptom nak period. saya ada nampak sis mention tentang heterotopic pregnancy. memang ada kes macam tu, tapi sangat2 teramat terpencil. most probably tak berlaku. in the first place sis kena pregnant twins untuk berlaku mcm tu. seeloknya sis jumpa doktor semula, sekurang2nya untuk follow up lepas operation haritu.

Baca lagi
11mo ago

innalillahi wa inna ilaihi roji'un 😢 kuat ya sis. besar ujian sis, inshaAllah besar ganjaran sis. betul tu, apa2 pun buat UPT dulu ya. kuat tau. make sure sis ada a solid support system, family member ke kawan2 ke, jangan pendam sendiri semua tau. luahkan bila perlu, menangis tu perlu. saya doakan sis sihat dan boleh bangun semula jadi wanita yg lebih kuat nanti, ameen 💜 al-fatihah untuk suami & baby sis 💔💐

Sy suggest puan pegi klinik utk confirmkan pregnancy puan sebab boleh jadi dua juga either puan ada symptoms pregnancy ataupun just hormon kan. Nanti klinik akan buat scan & upt test. Kalau ada klinik yg boleh buat beta hcg lg bagus. Takpun klinik akan refer puan ke hospital kalau perlu

11mo ago

Sy rasa sy cuba buat upt test dulu kot.. Sbb sy pun x cakap dgn parent sy symptoms2 yg sy alami sekarang ni. Cuma firasat sy mcm kejap rasa mengandung. Kejap rasa x.. tu jela.

First of all, symptoms pregnant dgn nak period or masalah hormon sama je semua. Second of all, awak operation 28/11 kan? Then awal bulan 11 keluar darah? Tak faham timeline awak. Bila next appointment dgn doctor? Ada check upt balik ke?

11mo ago

Yup. Operation tu.. xde keluar darah pun. Just awal bulan 12 tu cuma keluar 2-3 hari je. Tu pun x banyak. Dan mcm ada ketulan.. ni dah sebulan lepas operation. N sy xde period lagi. Emosi sy x stabil, sebab 28/11 tu jgaklah suami sy meninggal dunia.. 27/11 tu sy da sedih dan stress sgt.. mungkin sbb tu kantung tu pecah n darah penuh dlm perut dan doktor buang 1tiub fallopian belah kiri. Jadi 28/11 tu mmg hari yg paling sy x boleh lupakan. Sy hilang suami dan baby. Padahal kami baru 3bulan kahwin..

walaupun dh buat op dan bila cek upt positive..kne cek darah beta HCG..mse sy abort twin 2014..dh wt d&C..tp stil g hospital utk amk drh utk monitor beta HCG..symptom spt preggy pn ad..

11mo ago

Oo.. ok. Baik sy cuba buat upt test dulu..

dah check upt ke? kalau lepas operation tak bersama, macam impossible untuk pregnant.

11mo ago

Xbuat lagi upt tu.. tapi sy ada google, selain ektopik, ada lagi 1, heterotopic pregnancy..

Doktor tak suruh gap ke lepas operation ectopic?

check upt saja.

Check upt