dah 6w4d belum scan

hai semua siapa sini dah 6w + tapi xpergi scan untuk comfirmation lagi dekat klinik.? saya ingat minggu ke 7 @ 8 baru nak pergi klinik, memandangkan ramai cakap kalau 6w masih belum nampak janin..tqq #firstmom #ingintahu #ttc4tahun

13 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Hai, saya faham kebimbangan anda tentang pergi untuk scan pada usia kandungan 6 minggu 3 hari. Sebenarnya, adalah disyorkan untuk pergi untuk scan awal sebaik sahaja anda mengetahui anda mengandung. Walaupun pada usia kandungan 6 minggu belum tentu dapat melihat janin dengan jelas, tetapi scan awal penting untuk memastikan keadaan kesihatan ibu dan bayi. Dengan pergi untuk scan awal, doktor boleh mengesahkan kehamilan dan memastikan bayi berkembang dengan baik. Jika anda masih ragu, adalah lebih baik untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin. Jangan risau, walaupun pada usia kandungan yang awal, setiap perkembangan bayi adalah penting untuk dipantau. Jadi, disyorkan untuk pergi untuk scan secepat mungkin untuk memastikan segalanya berjalan dengan lancar. Jika ada sebarang kebimbangan atau soalan, jangan malu untuk bertanya kepada doktor anda. Semoga semua berjalan dengan lancar untuk anda sebagai ibu baru. Terima kasih kerana berkongsi pengalaman anda di forum ini. #firstmom #ingintahu #ttc4tahun Voucher RM30 off 👉🏻 https://invl.io/cll7hzz

Baca lagi

macam saya haritu pegi scan 7 week utk komfemkam btol ke x ngndung. yang tu g swasta. lepas je komfemkam ngndung tu trus esok saya kena alahan yg teruk. . xtahan sngt tggu smpai smggu. saya pon pegi la kk sb nak tnya psal keadaan sya la. .dan nurse tu bincang sesama diorang trus diorang bukak buku pink. katanya takot risiko pada sya .. skurangnya bila bukak awal dipantau.

Baca lagi
5mo ago

yeke sis skrg dah berapa week.? saya sabtu depan baru nak g scan cukup 8week, skrg alah saya xteruk sgt cuma kalau makan rasa nak muntah, dan selalu ngantuk rasa nak baring jee

untuk buat buku pink saya g awal2 dia akn ambik biodata kita n suami dulu.... 9 minggu bru dia call sruh dtg utk check semua termasuk scan...makesure masa nk g buka buku pink tuu bawak test preg yg menunjukkn kita pregnant...ada gambar pom dh okay...klau takk dia sruh bayar RM 30 utk test pregnancy tuu...

Baca lagi
5mo ago

ooo okay tqq ye nanti saya bawak sekali

saya pergi bukan buku pink masa 6wk sbb nurse bgi appointment trus .tpi sbelum pergi tu sya scan dlu .nmpak kantung dah .dan doc dkat kk bagi appointment agak2 kandungan dah 8 minggu utk tgk perkembangan .risau nak tggu next scan minggu dpan sbb hritu ada bleeding dan spotting sya pun on off .

It's okay. Selagi takde apa2 pendarahan atau severe cramping, InshaAllah baik2 sahaja. Dah book appointment untuk buka buku pink? First scan saya masa 11 weeks sebab saya dah book appointment masa 5 weeks lagi. Hari buka buku tu (11 weeks) first scan saya.

5mo ago

Alhamdulillah. Most welcome. Ya, awak. Awak boleh call atau walk in KK. Nanti nurse akan beritahu procedure dan dokumen apa yang perlu di bawa. Anyways, congratulations! Semoga urusan awak dipermudahkan. Enjoy your pregnancy journey 🌹

kalau sy dulu, mula2 sy call kk dlu. pastu kk suruh dtg buka buku pink je ambil data2 kita. masa tu dah 8w ,tak scan pun lgi. lpas pada tu kk bg trikh utk first app. sebelum pergi app kk tu, sy g scan kat klinik luar. nti first app kk pun doc akan scan juga.

saya pergi klinik 6 weeks hahaha excited betul. tapi saya tak proceed scan, doktor cuma consult and bagi advise apa boleh buat and tak boleh buat. doktor cakap minggu 8 baru datang buat scan. So awak boleh hold dulu till 7 @ 8 weeks.

5mo ago

hehehehe tqq awak saya lagi seminggu cukup 8w baru nak pergi klinik

Sy g scan mse 8w+ buka buku pink mse 11w+.sbb mse tu bulan puasa. Lepas raya bru buka buku .. sy pnh g scan awal2 mengndg tp tak nmpk pape. Tggu smpai 8w+ bru g scan.Alhamdulilah mse tu baby dh ada jantung …

6w ada yg boleh nampak dah mcm saya 6w nampak dengan heartbeat skali , seeloknya pergi 7w ke atas sebab lagi jelas 😃

5mo ago

saya ada simptom tak selera makan makanan yang selalu saya makan, rasa mual².Saya tak perasan pun simptom ni, sampai seminggu dok layan mual² tapi tak muntah, ada sekali muntah air, pening kepala, pastu gi KK terus tanpa buat UPT sendiri kat rumah, sebab tak yakin yang diri sedang hamil, jadi berani dan berserah je gi KK dengan keadaan Redha dengan apa jua keputusan yang doktor bakal cakap, sebab dah 10bulan married, rasa macam tak yakin langsung diri sedang hamil, doktor sahkan hamil 7w, terus nurse buka buku pink.Sekarang layan jela new journey dengan baik, semoga Allah menjaga kandungan mommys semua dengan baik.Aamiin.

Awak ade muntah2 teruk x sampai xleh bngun

5mo ago

alhamdulillah saya xmuntah teruk sgt, kalau lepas makan je rasa mual