14 Balas

Terdapat beberapa kemungkinan mengapa anak anda lebih ceria dengan ayah daripada dengan anda sebagai ibu: 1. Anak mungkin lebih selesa dengan ayah secara semulajadi kerana interaksi mereka berbeza daripada hubungan dengan ibu. Ayah mungkin memberikan reaksi yang lebih lucu atau bermain dengan cara yang lebih berlainan yang menarik perhatian anak. 2. Mungkin anak boleh merasakan tekanan emosi ibu atau ketegangan yang tidak disedari oleh ibu ketika berinteraksi dengan anak. Anak boleh merasakan perasaan ini dan menyebabkan keresahan dalam interaksi tersebut. Untuk membuat anak lebih ceria dan selesa dengan anda sebagai ibu, cuba lakukan perkara-perkara berikut: 1. Luangkan lebih masa berkualiti bersama anak, mainkan permainan yang menyeronokkan atau bercerita dengan anak dengan penglibatan yang positif. 2. Pelbagai bucu aktiviti bersama anak seperti menyanyi, membaca buku cerita, atau bermain di luar rumah. Anak mungkin mencari pengalaman yang berlainan dengan ibu untuk menarik minatnya. 3. Berikan banyak kemesraan dan kelembutan ketika berinteraksi dengan anak. Anak lebih cepat merasa selesa apabila diberikan kasih sayang dan perhatian. 4. Sentiasa berkomunikasi dengan positif dan berikan sokongan yang diperlukan kepada anak. Ingatlah setiap anak mempunyai keperluan dan preferensi yang berbeza. Jangan berasa terlalu tertekan atau risau jika anak menunjukkan kecenderungan kepada satu orang berbanding yang lain. Dengan lebih kesabaran, kasih sayang, dan masa bersama, hubungan antara ibu dan anak pasti akan menjadi lebih kukuh. Semoga perkongsian ini membantu anda dalam situasi yang sedang dihadapi. https://invl.io/cll7hzz

Sama sis, tabahlah😌 sy babyboy n dia rapat dgn bapak dia juga dari dlm pantang dn saya hampir meroyan pun iya, suami cop saya merah mata busuk hati😂 takpelah kita cuma boleh sedapkan hati dgn ayat ni “takpe dia nak dgn bapak dia, waktu yg ada tu boleh me time kejap” Sy ni jenis introvert, susah nak bercakap. Tp usaha sy tak berhenti katsitu, dn sampai skrg saya masih usaha pikat hati anak sy, buat dia lg dekat dgn sy. Nak tak nak kena jadi storyteller, clown yg hiburkan hati anak, baik baik tak pandai nyanyi, sy dh boleh nyanyi semata mata nk booster mood dia. Sy follow rentak anak, anak sy suka org bercakap dgn dia. Sis cari dulu apa yg anak sis minat, katsitu sis explore. Naluri ibu kena kuat, anak pergi dengan sape pun jauh mana pun, dia tetap akan cari ibu dia. Kita tempat selamat untuk dorang❤️

Betol2, bole la dpt me time sekejap hahah tapi sedih bila nengok dia ketawa dgn bapak dia.. ngan kita sunyi sepi. Suka ayat last sis ❤️ tq siss

sgt2 normal anak suka ayah dri ibu dia sebab ayah ni jarang2 nampak , dgn ibu dia tahu ibu selalu ada dgn dia jadi dia lagi berminat dengan ayah , plus macam kita juga kita rasa selamat dengan suami macamtu juga anak dia rasa selamat dengan ayah dia , anak saya susu tidur je cari saya bab main dia lari awal dekat papa dia selamat ibu kalau x jenuh layan 😄

macam saya dulu, anak Sy umur 1y macam tu suka betul dgn bapaknya.. dia cari saya time nak bf ja.. fikir positive ja awak, mmg dia nk bagi masa kita rehat2 hehe.. tp skrg anak Sy dh 6y dia cakap dia syg Sy lebih Dari bapaknya tapi time main mmg cari bapaknya .. so ok jee.. anak yg rapat dengan ayah akan lebih bijak.. jgn risau

ye BTL...tu pn Klau ayah nye ajar benda yg berfaedah lah..huhu... Alhamdulillah anak lelaki Sy dpd umur kurang/lepas 6 blh ayahnya selalu ajarkan perkara2 asas wlaupn belom blh bercakap masa tu tapi blh dgr ikot dan hafal...anak ni LW kita ajar dari awal in Shaa Allah blh ikot slow2...yg penting ajar/lakukan DPN die...sembyg,doa ibu bapa,selawat dan sebagainya tu untuk Smpai die mati nanti. kita kne ajar dari awal...UTK kesenangan die dan kita di akhirat kelak...amin...

Gitulah yg namanya anak ni awak. Mungkin sbb dia jarang jumpa ayahnya. Kita ni dah selalu sgt dia tgok. Mcm anak sulung sy 6y, anak kedua 2y, nak cerita apa2 mesti diorg cerita kt daddy. Mama ni tahu cerita pun dr daddy. Geram kan🤣🤣. Tapiiii try la mama hilang sekejap. Diorg punya tak keruan tu, bila nampak mama, mcm lama sangat je tak jumpa mama😂

TapFluencer

saya pernah baca yang baby ni tak nampak pun kita sebagai ibu dia, tapi dia nmpak kita ni mcm sebahagian dari diri dia sendiri sbb kita yang buat semuanya utk dia, anak saya pun gitu dulu, pantang dgn daddy dia suka jee, dengan mak dia ni buat taktahu, nanti dia dah besar sikit baru dia akan nampak kita ni sebagai ibu dia

Saya pulak baby baru nak masuk 5 bulan tanggal 14 ni,tapi dgn ayah dia,dia kurang nak senyum or bermain.Maybe sebab ayah dia selalu cium n usik,tulah tak berapa sgt dgn ayah dia.Dia lebih suka dgn ibu dia.Anak girl,taulah ibu dia lembut jer kalau nak cium.Kalau ayah dia kasar😅

anak sy pun lagi banyak ketawa dgn suami sy. walaupun sy yang lagi banyak spent masa dgn dia. masa dia dgn suami sy walaupun tak banyak tapi berkualiti 😅. dia siap cakap ayah the best. anak sy lelaki. muka copy paste saya 100% tapi anak ayah.

anak sy pun mcm tu. hahaha. sy lagi suka sebab sy boleh me time 😂 cuma kalau gelak2 tu dekat sy pun dia main2 gelak2 jugak. lepas tu bapak dia kena tarik telinga, kena tampar2 tarik rambut. robek bijik mata. dekat sy dia tak buat pun.

VIP Member

mcm ank sy .smpai dh umo 5 tahun dgn ayah je🤣tp dia pmpn..nk tdo br teringat maknya sbb nak pegang tgn ms tido..xpe..jnji ank sihat dan happy spnjng tumbesaran serta rapat dgn parent nya🫶🏻mg dpmudahkan segalanya Allahuma amiin

Soalan popular

Artikel Berkaitan