Air Ketuban

Hai , Nak tanya macam mane nak tambah air ketuban ? Tadi pagi scan Dr kate baby Ok cuma padat dalam perut . Air ketuban kurang. Sye dah 19mngu2hari . Risau sangat ni first baby . ??

17 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
Expert

Salam sejahtera puan. Tidak banyak yang seseorang ibu boleh lakukan untuk menambah air ketuban kerana punca kekurangan air ketuban ini sedikit kompleks. Namun begitu, anda boleh memastikan kawalan gula dan tekanan darah sekiranya anda mempunyai masalah-masalah ini. Ikut nasihat doktor dan patuhi dan segera ke hospital sekiranya terdapat tanda-tanda yang membimbangkan seperti keluar air jernih dari faraj yang mungkin menandakan membran amnion yang bocor. Anda boleh layari www.DoctorOnCall.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sebarang masalah kesihatan atau bercakap dengan doktor bertauliah secara atas talian. Terima kasih.

Baca lagi