Chemical pregnancy atau period biasa
Hai Moms.. Sekadar berkongsi dan berharap dapat dengar perkongsian daripada sesiapa yang pernah mengalaminya. Saya baru tahu tentang chemical pregnancy. Dijadikan cerita, Saya selepas berpantang, memang xda guna perancang sebab kiranya berharap untuk pregnant lagi. Dan saya juga fully breastfeed anak saya. Yang saya perasan, bila tiba masa period, memang sangat heavy, berketul. Sampai boleh kurang darah, pucat saya setiap bulan. Period pun sampai 7 8 hari. Dan dari hari pertama sampai ke 8 sangat banyak. Padahal, sebelum mengandung, period saya dalam 1 Hingga 4 hari sahaja. Hari ke 3 atau 4 period dah kurang. Dan heavy period saya ni sampailah beberapa bulan lepas, anak cerai susu (umur 3 tahun lebih). Bulan berikutnya, saya period dalam 4 atau 5 hari sahaja seperti sebelum mengandung dan tak heavy sgt. Sampai lah hari ni. Tapi, masih belum ada rezeki untuk mengandung lagi. Sekarang, baru saya terdetik hati untuk cari info tentang heavy period. Dan ternampak chemical pregnancy ni. Saya pun x pasti apa yang saya alami selama 3 tahun tu chemical pregnancy atau disebabkan hormon atau saya breastfeed anak. Saya x pernah consult dengan doctor mengenai hal ni. Saya harap sesiapa yang ada pengalaman macam saya, sudi kongsi pendapat di ruangan komen. Terima kasih. #pleasehelp #bantusharing #advicepls #ingintahu #chemicalpregnancy