Kerja Menjahit

Hai mommy's...ada tak sini yg kerja menjahit?Sy kerja menjahit d rumah..ambil tempahan.ada yg ckp Klu menjahit time mengandung...boleh menyebabkan bukaan lmbt bila nk beranak.atau apa2 yg berkaitan la...

4 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

tak perlu percaya. bukaan lambat atau cepat xde kaitan dgn perkerjaan yg awak buat. semua allah yg tentukan sama ada cara & proses kelahiran baby kita itu. Tuuuu diaaaa. Inilah 100 Mitos Kesihatan Wanita, Kesuburan, Kehamilan dan Bersalin yang kita semua tak payah lah percaya naaaaa. Mitos 1: Bila datang haid tak boleh shampoo kepala nanti sakit kepala dan ini sangat lah bahaya. Mitos 2: Bila datang haid tak boleh mandi. Biar badan kotor dah busuk tak mandi seminggu tak apa. Mitos 3: Sakit period itu satu perkara biasa-biasa dan normal yang semua perempuan mesti alami dan bertahan, dan tak perlu jumpa doktor untuk apa-apa bantuan. Biarkan perempuan merana sakit. Mitos 4: Bila datang haid, tak boleh exercise. Mitos 5: Darah haid ialah darah yang lebih kotor dari darah yang lain sebab keluar dari rahim perempuan. Rahim perempuan itu organ yang kotor. Mitos 6: Kalau makan ubat tahan sakit seperti panadol semasa haid, nanti susah nak mengandung atau akan jadi mandul atau nanti ada kesan buruk kepada rahim. Biarkan perempuan sakit period. Mitos 7: Jangan minum air sejuk atau air berais semasa haid, nanti darah beku dalam rahim. Mitos 8: Jangan makan timun semasa haid nanti getah timun masuk melekat dalam rahim dan menyebabkan kanser rahim. Mitos 9: Masalah kesuburan ialah masalah perempuan saja, semua lelaki subur-subur belaka. Kalau takdak anak tuduh isteri mandul, macam Encik Jamil dalam ‘Madu Tiga’. Mitos 10: Kalau nak mengandung kena urut-urut rahim dulu untuk betulkan kedudukan rahim. Rahim senget tak boleh mengandung. Mitos 11: Kalau susah hamil atau keguguran, puncanya ialah organ rahim wanita juga yang kotor, dan perlu beli produk untuk cuci rahim. Banyak nya sampah-sarap dalam rahim wanita. Mitos 12: Kalau bela kucing nanti susah nak hamil. Kena buang kucing baru boleh hamil. Mitos 13: Kalau gugur, itu masalah kesihatan isteri saja. Kesihatan suami tak penting dan boleh terus merokok. Mitos 14: Isteri kena minum susu kambing untuk tambah kesuburan. Tidak ada kambing yang mandul. Mitos 15: Jangan makan buah nenas semasa hamil nanti gugur. Mitos 16: Jangan minum air kelapa semasa hamil nanti gugur. Mitos 17: Jangan minum air tebu semasa hamil nanti gugur. Mitos 18: Jangan makan buah betik semasa hamil nanti gugur. Mitos 19: Jangan bersenam semasa hamil nanti gugur. Kalau tak bersenam dan tak makan buah-buahan tetapi gugur juga, cari juga kesalahan lain wanita yang gugur. Mesti juga salahkan dia. Mitos 20: Jangan menyusukan bayi semasa hamil nanti gugur. Mitos 21: Jangan menyusukan bayi semasa hamil nanti dapat kelahiran pramatang. Mitos 22: Baby duduk dalam perut dan makanan yang ibu telan duduk disekeliling baby. Mitos 23: Jangan telan kicap semasa hamil nanti baby jadi hitam. Mitos 24: Jangan minum kopi semasa hamil nanti baby jadi hitam. Mitos 25: Kalau minum air soya semasa hamil nanti baby jadi putih. Mitos 26: Kalau baby di dalam kandungan itu lelaki, jangan minum air soya nanti dia jadi pondan. Mitos 27: Kalau minum susu kambing semasa hamil nanti kulit baby jadi putih. Tidak ada kambing warna hitam. Mitos 28: Kalau telan produk memutihkan kulit semasa hamil nanti baby pun jadi putih. Mitos 29: Jangan minum air ais semasa hamil nanti baby jadi besar. Mitos 30: Jangan telan vitamin yang doktor bagi semasa hamil nanti baby jadi besar. Mitos 31: Kalau makan mee semasa hamil nanti leher baby terbelit-belit. Mitos 32: Jangan makan seafood semasa hamil, nanti baby dapat allergy seafood. Mitos 33: Jangan makan kacang semasa hamil, nanti baby dapat allergy kacang. Mitos 34: Tapai itu tidak mengandungi alcohol dan selamat untuk dimakan semasa hamil. Mitos 35: Bila mengandung, awak kena tambah makan untuk dua. Walaupun di zaman sekarang setiap hari awak dah makan untuk tiga sebelum mengandung pun. Mitos 36: Ibu yang hamil wajib minum banyak susu. Tak ada sumber protein yang lain melainkan susu. Mitos 37: Ibu yang hamil tak boleh minum kopi langsung, walaupun hanya sedikit dan pandai bersederhana. Mitos 38: Ibu yang hamil tak boleh makan durian langsung, walaupun hanya sedikit dan pandai bersederhana. Mitos 39: Ultrasound scan oleh doktor di klinik untuk memantau perkembangan janin di dalam kandungan itu membahayakan baby. Mitos 40: Kalau menjahit atau mengait semasa hamil nanti talipusat baby jadi terbelit-belit. Mitos 41: Kalau nak tahu anak lelaki ke perempuan, tengok saja bentuk rahim ibu hamil. Mitos 42: Pemakanan yang berasid atau beralkali boleh menentukan jantina baby. Mitos 43: Kalau nak bayi lelaki, kena makan banyak daging. Mitos 44: Kalau kulit ibu hamil rasa gatal-gatal, maknanya baby ada banyak rambut. Mitos 45: Kalau ibu hamil ada diabetes, tak perlu kawal gula, hanya perlu minum air banyak-banyak. Mitos 46: Kalau ibu hamil dapat diabetes semasa hamil, maknanya tak cukup iman. Mitos 47: Kalau uri di kedudukan bawah, boleh urut-urut rahim untuk menaikkan kedudukan uri. Mitos 48: Kalau suami memancing ikan semasa isterinya hamil, akan dapat bayi yang ada kecacatan clef lip dan palate (mulut sumbing). Mitos 49: Jangan pakai panty liner semasa hamil, nanti baby tak boleh bernafas. Mitos 50: Kalau air ketuban pecah, telan protein toyib untuk menampalkan semula koyak pada kantung yang pecah. Mitos 51: Kalau air ketuban pecah, minum banyak-banyak air kelapa untuk membuat air ketuban. Mitos 52 Kalau baby kurang bergerak dalam kandungan bila dekat nak matang, itu perkara biasa dan normal, tak payah pergi ke hospital. Mitos 53: Kalau nak meriah susu selepas bersalin, kena telan produk milkbooster semasa hamil. Mitos 54: Kalau nak meriah susu selepas bersalin, kena telan produk milkbooster selepas bersalin. Mitos 55: Kalau telan telur mentah bila labour bermula, boleh melancarkan bersalin. Mitos 56: Kalau telan minyak kelapa dara boleh memudahkan bersalin. Mitos 57: Kalau telan milo campur mentega bila labour bermula, boleh melancarkan bersalin. Mitos 58: Kalau telan jus-jus campuran yang dipromot oleh selebriti, nanti mudah bersalin. Mitos 59: Telan air selusuh yang dibuat oleh rendaman akar Fatimah itu bagus bila nak bersalin dan tidak membahayakan ibu dan baby. Mitos 60: Kalau dah overdue, telan buah nenas untuk induce labour. Mitos 61: Sebelum bersalin wajib cukur rambut di bahagian kemaluan. Mitos 62: Kalau terpaksa bersalin pembedahan caesar maknanya berdosa kepada suami. Mitos 63: Kalau ibu melahirkan bayi yang ada syndrome, maknanya ibu tak jaga makan semasa hamil. Mitos 64: Kalau ibu melahirkan bayi yang ada kecacatan, sebabnya ialah kenan. Mitos 65: Bersalin di rumah sama selamat dengan bersalin di hospital. Mitos 66: Epidural ialah penyebab sakit belakang. Mitos 67: Pemeriksaan vagina yang dijalankan oleh doktor dan bidan bertauliah ialah birth rape. Mitos 68: Selepas bersalin tak boleh makan roti, nanti rahim kembang. Mitos 69: Selepas bersalin tak boleh minum banyak, nanti rahim dan vagina becak. Mitos 70: Selepas bersalin kena ikat rambut tocang ketat-ketat dan tinggi-tinggi, supaya angin tak masuk. Mitos 71: Selepas bersalin tak boleh tidur mengiring, nanti rahim jadi senget. Mitos 72: Selepas bersalin tak boleh makan telur, nanti dapat nanah. Mitos 73: Selepas bersalin tak boleh makan ayam, nanti dapat nanah. Mitos 74: Selepas bersalin tak boleh makan seafood, nanti dapat nanah. Mitos 75: Kalau tak ikut amalan berpantang tradisional 44 hari selepas bersalin, nanti bila umur 40 tahun akan sakit badan. Mitos 76: Kalau tak makan jamu selepas bersalin, nanti suami akan lari. Mitos 77: Kalau tak pakai setokin selepas bersalin nanti masuk angin dalam badan. Mitos 78: Kalau pasang kipas atau aircond selepas bersalin nanti masuk angin dalam badan. Mitos 79: Selepas bersalin tak boleh minum air ais nanti rahim kembang. Mitos 80: Kalau ibu yang menyusukan bayi minum air ais nanti bayi dapat selsema. Mitos 81: Kalau makan laksa selepas bersalin, nanti dapat bentan dan sakit urat. Mitos 82: Bentan dan sakit urat ialah penyakit manusia yang amat teruk dan paling ditakuti. Mitos 83: Pil perancang keluarga ialah penyebab obesiti, bukan sebab makan berlebihan dan tak exercise. Mitos 84: Jangan makan pil perancang keluarga nanti mandul. Mitos 85: Wanita tak boleh berlari-lari, tak boleh buat skipping dan tak boleh bersukan, nanti dapat peranakan jatuh. Mitos 86: Kalau pakai baju warna kuning, nanti baby dapat kuning jaundice. Mitos 87: Susu ibu dari payudara kiri ialah air, susu ibu dari payudara kanan ialah nasi. Mitos 88: Bayi yang menyusu pada 6 bulan pertama perlu minum air masak. Mitos 89: Kalau payudara wanita kecil, tak boleh buat susu dengan banyak. Mitos 90: Apa yang ibu makan ialah penyebab bayi perut kembung. Mitos 91: Kalau bayi yang baru dilahirkan menangis, sumbat mulut bayi dengan nestum / air kanji / bubur nasi. Mitos 92: Kalau tak pakai bengkung selepas bersalin, rahim tak boleh mengecut. Mitos 93: Kalau tak pakai bengkung selepas bersalin, nanti rahim jatuh dan peranakan jatuh. Mitos 94: Kalau tak urut rahim dan tak bertunku selepas bersalin, rahim tak boleh mengecut. Mitos 95: Kalau ibu ada masalah kemurungan selepas bersalin, sebabnya ialah tak berpantang selepas bersalin. Mitos 96: Apa-apa pun penyakit atau sakit yang wanita dapat bila tua, sebabnya ialah tak berpantang selepas bersalin dan ini ialah kaedah terbaik mencegah penyakit bila tua. Mitos 97: Wanita selepas bersalin tak boleh pakai seluar. Tegur dan kritik ibu-ibu yang baru bersalin dan menyusukan bayi ini supaya mereka rasa diri sudah berdosa. Mitos 98: Selepas wanita bersalin krim atau kerak putih (vernix caseosa) di atas badan bayi yang baru dilahirkan itu datangnya dari air mani suami dan perlu dibasuh cepat-cepat. Tegur dengan kata-kata yang memalukan ibu-ibu yang baru bersalin. Mitos 99: Jangan dengar nasihat doktor, doktor apa tahu, tiada ilmu perubatan dan tiada pengalaman merawat. Mitos 100: Doktor-doktor Malaysia ada agenda yahudi. ——————————————————————- Janganlah percaya kepada mitos-mitos sebab ini boleh menyusahkan kehidupan anda, mengganggu ketenangan hati anda dan ada yang boleh memudaratkan anda. Semoga kita bersama-sama meningkatkan taraf kesihatan wanita Malaysia dan memperkasakan wanita Malaysia. All women are beautiful. #nasihatdrimelda #womenempowerment

Baca lagi

Ada netizen kata, “Prof ni, semua nak bash, ini tak boleh, itu tak boleh.” Jawapan saya untuk anda yang ada pendapat berat sebelah macam ini: Anda semua tak bacakah posting-posting saya? Marilah kita buat ulangkaji 101 perkara yang saya dah selalu kata BOLEH! BOLEH! dan BOLEH! 1) Boleh vaksinkan anak-anak anda. 2) Boleh bersenam dengan kerap. 3) Boleh makan laksa dalam pantang. 4) Boleh berhenti pantang selepas darah nifas kering walaupun belum sampai 40 hari (inilah pantang dalam Islam). 5) Boleh buat senaman Kegel semasa kehamilan. 6) Boleh buat senaman Kegel selepas bersalin dari DAY ONE sampai seumur hidup. 7) Boleh minum air ais semasa berpantang. 8)Boleh minum air ais semasa haid. 9)Boleh buka aircond selepas bersalin. 10) Boleh pasang kipas selepas bersalin. 11)Boleh bukak setokin sepanjang tempoh pantang. 12) Boleh makan buah-buahan selepas bersalin. 13) Boleh makan sayur-sayuran selepas bersalin. 14) Boleh makan telur selepas bersalin. 15) Boleh makan ayam selepas bersalin. 16) Boleh makan buah nenas semasa hamil. 17) Boleh bersenam semasa hamil. 18) Boleh mulakan senaman ringan mengikut kemampuan badan selepas bersalin. 19) Boleh makan ubat tahan sakit seperti panadol semasa haid yang sakit. 20) Boleh mandi basah rambut semasa haid. 21) Boleh mandi basah rambut selepas bersalin. 22) Boleh mandi basah rambut malam-malam. 23) Boleh bersenam malam-malam. 24) Boleh minum air kosong saja setiap hari tanpa apa-apa air manis. 25) Boleh hidup sihat tanpa produk sampah. 26) Boleh hidup sihat dengan pemakanan sihat tanpa tambahan pil supplemen yang tak diperlukan 27) Boleh cerdik pandai tanpa pil minda 28) Boleh kurus tanpa produk kurus. 29) Rahim uterus BOLEH KECUT SENDIRI selepas bersalin tanpa urut-urutan, tanpa bertunku, tanpa bengkung dan tanpa jamu. 30) Boleh lari full marathon selepas ada anak tanpa peranakan/rahim jatuh. 31) Boleh hidup sihat tanpa amalan pantang tradisional selepas bersalin yang tidak berkaitan dengan pantang dalan Islam. 32) Boleh hidup sihat tanpa amalan pantang tradisional selepas keguguran. 33) Boleh hidup sihat sehingga ke tua tanpa makan jamu. 34) Boleh guna kaedah merancang keluarga yang lebih berkesan dari merancang sendiri-sendiri dan jumpa doktor dulu untuk berbincang kaedah yang paling sesuai untuk anda. 35) Boleh minum lebih dari dua gelas air sehari dalam pantang selepas bersalin. 36) Boleh buka puasa semasa hamil jika bimbangkan kesihatan ibu atau anak 37) Boleh buka puasa semasa menyusukan anak jika bimbangkan kesihatan ibu atau anak 38) Boleh minum air kelapa semasa hamil 39) Boleh minum air tebu semasa hamil 40) Boleh makan durian semasa hamil. 41) Boleh ikhtiar hamil tanpa semua produk yang dijual oleh makcik bawang 42) Boleh guna panty liner (sebagai panty liner) 43) Boleh guna panty liner semasa hamil tanpa bimbang tentang baby di dalam kandungan. 44) Boleh bersalin dengan lancar tanpa telan minyak kelapa dara. 45) Boleh mengait dan menjahit semasa kehamilan. 46) Boleh pakai tali pinggang keselematan di dalam kereta semasa hamil. 47) Boleh pegang kucing semasa hamil. 48) Boleh ambil depo provera lebih dari 2 tahun. 49) Boleh sembuhkan berbagai jenis kanser dengan perubatan moden. 50) Boleh mengurangkan risiko 13 jenis kanser dengan bersenam dengan kerap. 51) Boleh mencegah kanser pangkal rahim (cervical cancer) dengan HPV vaksin, membuat pap smear atau HPV test. 52) Boleh kurangkan risiko kanser usus dengan pemakanan sihat tinggi serat dan bersenam dengan kerap. 53) Boleh dapat cukup vitamin D dari cahaya matahari. 54) Boleh dapat cukup vitamin dan mineral dengan pemakanan sihat. 55) Boleh dapat herd immunity dan membasmi penyakit berjangkit jika rakyat berkerjasama mengikut program vaksin imunisasi kebangsaan. 56) Boleh mencegah penyakit diabetes, penyakit jantung dan strok dengan mempastikan anda tidak obese dan menghadkan pengambilan gula. 57) Boleh mencegah tekanan darah tinggi, strok dan penyakit jantung dengan mempastikan anda tidak obese, bersenam dan menghadkan pengambilan garam. 58) Boleh jadi breast cancer survivor jika datang semasa kanser di peringkat awal untuk rawatan perubatan moden. 59) Boleh hidup sihat tanpa belanja macam-macam. 60) Boleh makan sayur-sayuran tanpa masalah ‘angin’ 61) Boleh makan buah-buahan tanpa masalah ‘sejuk’ 62) Boleh kata kepada penjual produk kesihatan overclaim, “Kami takmau tengok semua testimoni. Tunjuk kami kajian perubatan Randomised Controlled Trial.” 63) Boleh berusaha mendapat pemakanan sihat walaupun anda miskin. 64) Boleh berusaha menjadi cergas dan tambah aktiviti fizikal walaupun kekangan masa. 65) Boleh berusaha untuk berjaya. 66) Boleh rajin belajar menjadi pandai. 67) Boleh kurus dengan mengurangkan kalori dan bersenam. 68) Boleh membuat aduan secara rasmi kepada portal aduan hospital-hospital jika perkhidmatan tidak memuaskan anda. 69) Boleh mencegah nanah dengan memastikan kebersihan tangan sebelum menyentuh bahagian badan yang luka. 70) Boleh mengurangkan risiko breast cancer dengan exclusive breastfeeding. 71) Boleh mengurangkan risiko anak mendapat jangkitan paru-paru sebanyak 4 kali ganda dengan exclusive breastfeeding 6 bulan. 72) Boleh mengurangkan risiko anak mendapat jangkitan telinga dan kerongkong dengan exclusive breastfeeding 6 bulan. 73) Boleh mengurangkan risiko anak mendapat asthma, ekzema, alahan kulit dengan exclusive breastfeeding 6 bulan. 74) Boleh mengurangkan risiko anak mendapat sudden infant death syndrome dengan exclusive breastfeeding. 75) Boleh mengurangkan risiko anak mendapat Diabetes dengan exclusive breastfeeding 6 bulan. 76) Boleh mengurangkan risiko anak mendapat penyakit leukaemia dengan exclusive breastfeeding 6 bulan. 77) Boleh makan sayur-sayuran dan buah-buahan berkhasiat untuk ibu yang menyusukan bayi. 78) Boleh mengawal Diabetes dengan pemakanan sihat, bersenam selalu dan memantau bacaan gula anda sendiri di rumah memastikannya selalu di dalam paras yang sihat. 79) Boleh mencegah kehamilan berisiko tinggi dengan memastikan anda sihat dan berat badan anda normal sebelum kehamilan. 80) Boleh mencegah janin mendapat kecacatan neural tube defect dengan mengambil tambahan pil folic acid supplement sekurang-kurangnya sebulan sebelum kehamilan dan teruskan mengambil pil folic acid semasa hamil sehingga sekurang-kurangnya 3 bulan pertama kehamilan. 81) Suami BOLEH tolong isteri buat kerja rumah. 82) Suami BOLEH tolong isteri menjaga anak. 83) Suami BOLEH berhenti merokok. 84) Suami BOLEH pakai kondom untuk merancang keluarga. 85) Boleh dapat cukup keperluan vitamin C dengan makan sebiji buah oren sehari atau satu gelas orange juice sehari atau SATU ULAS BUAH JAMBU sehari tanpa tambahan pil suplimen vitamin C. 86) Boleh makan sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari sebagai milkbooster semulajadi untuk ibu yang menyusukan anak. 87) Boleh cantik menawan tanpa produk memutihkan kulit. 88) Boleh mencegah obesiti dan Diabetes di kalangan kanak-kanak dengan menggalakkan kehidupan cergas setiap hari. 89) Boleh menggunakan perkhidmatan doula selagi ada kehadiran bidan bertauliah atau doktor semasa bersalin untuk kelahiran yang selamat. 90) Boleh bersalin dengan bidan bertauliah tanpa kehadiran doktor. 91) Boleh pakai seluar selepas bersalin. 92) Boleh style rambut sesukahati selepas bersalin. 93) Bayi boleh sihat tanpa barut. 94) Boleh elakkan bayi perut kembung dan muntah dengan belajar teknik menggalakkan baby sendawa ‘baby burping’ setiap kali selepas menyusu, dan untuk setengah bayi perlu berhenti menyusu sebentar untuk sendawa sebelum menghabiskan penyusuan. 95) Boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi semasa kehamilan (pre-eclampsia), janin menjadi terlalu besar dan masalah bahu bayi tersekat semasa bersalin dengan memastikan Diabetes semasa kehamilan dikawal. 96) Boleh mengurangkan risiko kematian bayi dengan bersalin di Hospital. 97) Boleh mengurangkan risiko kematian ibu bersalin sebanyak 5 kali ganda dengan bersalin di hospital. 98) Boleh berjumpa doktor walaupun anda sihat untuk mendapatkan ujian saringan mencegah penyakit. 99) Boleh buat temujanji berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat kesihatan tanpa bertanya di media sosial. 100) Boleh follow dan ikut nasihat semua pengamal kesihatan yang tidak menjual produk. 101) Boleh dapat nasihat yang terbaik untuk kesihatan melalui sosial media JIKA anda mengikuti Page rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, Medical Mythbusters Malaysia, Masyarakat Kena Tahu (ori), Public Health Malaysia, Ini Sains Beb, dan pengamal kesihatan bertauliah yang tiada kepentingan diri sendiri atau melanggar etika dengan menjual produk atau mengiklankan produk. JANGAN MEROKOK JANGAN HISAP VAPE JANGAN MINUM ARAK JANGAN HISAP GANJA JANGAN MINUM AIR KETUM

Baca lagi

mengarut je semua tu. jgn la percaya.

Syirik 🤣