Sambung bf

Hai mommy, nak tanya lah if ada mommy yg ada pengalaman macam ni. Anak saya masa awal lahir dalam sebulan dua bulan macam tu saya bagi susu badan. Tapi sbab saya dah start kerja saya terpaksa letak anak bawah jagaan mak saya kat kampung. Saya kerja kat company swasta yg cuti pun hanya hari ahad sahaja, but saya ada apply untuk tukar kerja. N now anak saya dah 5 bulan. Saya dah dapat cari kerja yg office hours n cuti sabtu ahad, so saya ingat nak letak anak kat pengasuh berhampiran rumah n nak start bf di semula. Tapi kan…sebab saya dah berjauhan dengan dia start dia 3 bulan sampai 5 bulan, saya adalah try pam susu, but susu saya merosot pam pun x sampai 1 oz. Ada potensi ke saya untuk bf semula anak saya? And if ada mom yg hadapi this situation, boleh tak bagi tips macam mana korang bf semula anak eh?#bantusharing #ingintahu #pleasehelp #firstmom

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Sebenarnya, ambil masa juga nak relaktasi tu. Salah satu cara, banyakkan buat skin to skin bonding dgn anak penuh kasih sayang. Jika perlukan bimbingan, hubungi pembimbing penyusuan bertauliah berdekatan puan

Baca lagi

inshaAllah ada, kalau pam mmg dpt sikit sis, kena bagi df terus kt dia. kt situ yg buat susu makin meriah tambah kerap bf kt dia.