Menangis sampai bibir biru

Hai mommy! Anak sy umur 9bln kdg2 dia menangis sampai tk keluar suara pastu sampai bibir jadi biru. Kdg nk bgn nk lergi tndas pun blh bt dia sampai menangis mcm tu. Mlm ni sy panik sgt, sbb terkejut tgk anak keras kaku pstu menangis tanpa suara sampa bibir jd biru. Mcm mana nk atasi bila anak jd macam ni ye? Tolong ye. Sy takut sgt kalau jd apa2 dkt ank sy 😭#bantujawab

12 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya faham situasi yang anda sedang alami. Gejala di mana anak anda menangis hingga bibir biru adalah tanda anak mengalami kekurangan oksigen. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh sesuatu yang dikenali sebagai kekejangan demam. Jika anak anda mengalami keadaan ini, langkah pertama yang perlu dilakukan adalah tenangkan diri dan cuba untuk mendekatinya dengan lembut. Seterusnya, bawa anak anda ke doktor atau kecemasan segera untuk mendapatkan bantuan perubatan. Adakah anda melalui masa-masa yang penuh kebimbangan? Sembang dengan komuniti ibu lain yang mungkin pernah mengalami situasi yang sama juga boleh membantu melegakan perasaan anda. Ingatlah, anda tidak sendirian dalam perjalanan ini. Semoga anak anda cepat sembuh dan sihat selalu. Jaga diri anda dan keluarga dengan baik. https://invl.io/cll7hzz

Baca lagi

breath holding spells. try la cari apa nk buat. smg jumpa cara yg sesuai anak sy buat gitu kalau sakit kuat je mcm terjatuh gitu. kalau nangis biasa2 tu biasa la start je terus high pitch highest volume, mcm kena dera. sy pernah sekali anak sampai biru tu, ketar kite jgn ckp la.. mula2 angkat tepuk dada usap belakang nk pujuk. xjd terus baringkan kt mat pastikan mulut xtergigit lidah tkde benda bahaya, gosok dada panggil nama. mommy kena relax jgn panik. nti blh try bawa klinik bgtahu anak mcm2 mana, cek darah kot kekurangan vitamin ke.

Baca lagi
TapFluencer

breath-holding spell tu sis. dia reflex bila takut/terkejut/marah sangat sampai macam lupa nak bernafas. dia bukan sawan tau. selalunya tak bahaya, tapi better next check up nanti cerita kat doktor. ada yg saya tengok dia ajar hembus angin lembut ke muka baby bila dia macam tu, sambil2 tu boleh selawat zikir. selalunya bila baby dah pandai regulate emotion dia nanti akan hilang sendiri inshaAllah.

Baca lagi

kena tenangkan dulu anak sis.. angkat bawa keluar dari bilik ke sambil usap² belakang. tak boleh biar nangis sampai bibir biru. takut sawan. check apa punca anak nangis: pampers penuh ke, kembung ke. kalau masih nangis teruskan je pujuk tenangkan anak sampai berhenti nangis. kalau sis beragama islam, pasang ayat al-quran masa anak tido.

Baca lagi
6mo ago

better bawa anak jumpa doktor bila tgk bibir anak jadi biru. risau sawan

Salam....jd MCM anak saya masa baby...nampak MCM tue...angkat jer sis..pujuk N tenangkan bby..basahkan sikit muka dgn air...lepas tue..baca Ler surah2 yg boleh tenangkan baby yea...insyaAllah...bila besar sikit..dh ok...moga dipermudahkan segala urusan...Aamiin..❤️

anak no 2 sy smpai besar jd gitu 😅..skrg darjah1..suka nangis mcm tercekik mulut biru..sy tepuk²,ok...anak no3 baby pernah jd skali nangis sbb sy tgl p dapur, tiba² senyap..rupanya tgh nangis lg tp mulut dh biru suara x keluar..sy angkat gosok² tepuk² ok...

sama dgn ank sya.. istilah dia dipanggil apa ntah... bibir baby membiru, menghitam dan sebagainya sebab dia x dpt tarik balik nafas dia tu.. caranya, sis terus bawa ank ke sinki, siram muka dia..

mcm mne anak bley nanges smpi mcm tu.. awal2 menangis tu awak ade tenangkn dia x? klu memg style nangis dia mcm tu, jgn bg dia nanges lama2.. awal2 nak nanges je trus pujuk..

6mo ago

mcm ank sy tu..tpi tk da la lma dy tahan nafas xsmpai biru..biasa sy angkt terus tepuk2 blkng cuba alih perhatian dy..cth buka ttp peti sejuk..on paip air,bawa jaln2 keluar ka smbil usap2 blkng bby, tepuk2 sikit

Nak tanya anak sis bernafas cpt ke lmbt, atau normal Sebab ada anak buah sy mcm tu Cek punya cek ada mslh jantung. Jantung dia berlubang, dia susah nk bernafas,

Baca lagi

klau sy dlu tepuk2 blakang or usap2 sambil pnggil nama..lepas tu sapu air pd muka n kepala sambil selawat.skrang dah besar alhamdulillah dah x mcm tu