Sakit perut cirit birit

Hai mommies. Sy start cirit birit (jenis air) since 1pm tadi. Dalam kiraan, dah 7x setakat 9pm. Semua jenis cair macam air. Husband try nak beli ubat di farmasi tapi pharmacist tu kata sebabkan pregnant, kena jumpa doctor untuk prescribe. Masalahnya.....husband sy ada rm40 je. Mana cukup kalau pergi klinik. Nak pergi hospital, takde sape nak tolong tengokkan anak sy umur 4yo. Dah tentu² kat hospital nanti lama. Silap² sampai subuh baru boleh balik. Sy plan tunggu esok pagi je pergi Klinik Ibu & Anak kerajaan punya..Tapi perut sy sakit sangat. Makan panadol pun hilang sikit je. JADI, sy nak tanya mommies ada tak cara untuk hilangkan sakit perut yg teramat ni? Teh panas sy dah minum. Pun samaa je takde apa² improvement. Tolong ye, mommies...TIA.#bantujawab #SecondPregnancy #adviceappreciated #sharing

8 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Alamak, cirit birit memang tak best. Memang kena cepat ambil tindakan sebab boleh melemahkan badan kita. Betul, ubat kena prescribe doktor. Tapi jangan risau, ada cara alami yang boleh cuba. Minum air rebusan halia atau air nenas boleh membantu meredakan cirit birit. Selain tu, elakkan makanan pedas, berminyak, dan susu dulu sebab boleh buat sakit perut lagi teruk. Kalau boleh, minta bantuan jiran ke, saudara ke, untuk tolong tengokkan anak dulu, sementara mom pergi klinik. Jangan biarkan sakit perut teruk sangat, nanti lebih susah nak pulih. Semoga cepat sembuh ya! #bantujawab #SecondPregnancy #adviceappreciated #sharing https://invl.io/cll6sd8

Baca lagi

awk preggy dh brape bulan klau dh sampai 7x tu seeloknya pegi lah hospital , sy sblum ni pon susah jgk nk tinggal ank tapi terpaksa suruh adik bradik lain jaga sbb kita tengah sakit . Kalau cirit birit time sarat mgkin tanda2 nk bersalin kalau cirit birit awal2 preggy kerap plk tu better gi laa cek cepat2 tkut bahaya kat diri kita & bby dlm perut

Baca lagi

banyak sgt dah tu cirit birit. awak jgn lupa minum air banyak² tau utk ganti balik air dlm badan. kalau rasa xlarat sgt dah better terus ke hospital kerajaan je. pegi hosp nt boleh masuk ubat klu awak dehidrasi. moga awak baik² saja dan mudah semua urusan awak 💐

beli ORS di farmasi. ors tu murah je. bancuh dlm air 1 paket. sehari minum 3 atau 4 kali. means sekali bancuh/minum 1 paket (4kali 4 paket sehari) dia akan ganti balik air dan garam yg hilang lps cirit tu. sementara nak tunggu pi kk, minum dulu ORS

sis :( awak pregnant dah berapa bulan ni? dah sakit sangat tu, sebaiknya memang kena pergi hospital untuk check. ibu mengandung takboleh makan sebarangan ubat, sebab tu memerlukan prescribe dari doc.

Awak cuba beli ORS (air garam) dekat klinik. RM1/sachet tak silap. Beli dalam 2-3 gitu. Sekali minum 1 sachet je. Selamat dan bagus, takut nanti awak dehydration kalau nak tunggu

kt rumah ada yogurt tak atau susu yogurt..bgus utk cirit..ada probiotik

bawa je la anak tuu.. daripda tahan sakit perut