sembelit 13weeks

hai mommies semua 🥰 saya pregnant 13weeks dan ada masalah sembelit sejak awal pregnancy lagi, masa buka buku pink doktor ada bekalkan obimin pada saya. dan membuatkan sembelit saya makin teruk 🥲 jadi saya tak usik obimin tu sebab perut saya makin meregang kerana tidak membuang beberapa hari., jadi saya suruh suami untuk belikan prune juice untuk lawaskan pembuangan. agak agak mommies ada side effect ke kalau saya minum prune juice berterusan untuk jangka masa panjang semasa kehamilan ni? thankyou mommies yg sudi jawab. kalau ada apa apa petua or ubat yg boleh dikongsi dengan saya juga dialu alukan komen 🤗 #firs1stimemom #Firstbaby_13weeks

4 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Sis boleh minta tukar ubat , bgtau tak sesuai . Sebab kandungan kita perlukan zat . Asid folic tu penting untuk baby , tumbesaran & perkembangan dia . Sis amalkan dgn minum air buah oren fresh & air limau kasturi fresh atau oren botol ( kalau boleh jangan selalu takut gdm) bila makan ubat waktu malam . Waktu pagi cuba amalkan susu . Kurang sembelit InsyaaAllah . Makan makanan yg berkhasiat , sayuran & buahan yg bagi zat untuk kita jugak . Kira 2 in 1 , ibu & anak dapat . Macam saya dulu pernah najis berwarna hitam gila (maaf kotor) sebab lepas tukar ke obimin . Lepastu doktor tukar ke iberet , masih sama dalam 2 hari tu tapi saya amalkan mcm saya bgtau , alhamdulillah membaik sampai sekarang dah 8 bulan . Tapi kdg tu ada masa sembelit takda teruk dulu .

Baca lagi