Macam mana cara berpantang ..

Hai mommies semua .. harini hari ke14 saya pantang sendiri .. tak dijaga sesiapa ibu mahupun mertua .. sendiri jaga makan .. saya tak tahu nak pantang macam mana 🥺 kena berurut ke ? Kena bertungku ke ? Makan ubat apa ? Susahnya xde org tua jaga , tkde pengalaman .. boleh x share cara korang berpantang .. sebab saya pantang mcm xpantang .. buat keje rumah , jaga anak , basuh kain semua sendiri .. risau lepas pantang sakit badan sebab xjaga betul² ..#seriusnanya #ingintahu #pleasehelp #firstbaby #bantusharing #firstmom

3 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Nak kata wajib berurut, bertungku, makan ubat tu rasanya tak kot. Buat mana yang mampu. Kalau pantang sorang2 paham je susah nak buat semua tu. Yang penting, jaga rehat, badan dan pemakanan. Make sure rehat cukup. Part kemas rumah tu mintak tolong suami buatkan jugak. Kalau awak kena buat jugal, setakat lipat kain sambil duduk boleh kot. Berurut dan bertungku tu kalau mampu upah orang boleh buat, banyak kebaikan tapi kalau tak mampu takpe tak mesti kena buat. Kalau nak mudah cari herbal compress yang boleh panaskan guna microwave dan bengkung zap senang nak pakai sendiri. Part makan dan rehat penting untuk make sure badan sihat dan luka sembuh dengan baik. Kalau mampu, upah orang masakkan makanan pantang dan yang penting sihat cukup semua nutrient sebab nanti baby nak menyusu lagi. Harap awak baik2 je selama pantang ni ❤️

Baca lagi

mandi air panas... bertungku UTK kecilkan rahim..dan buang angin dlm badan . jaga makan.. kalau xada y bantu boleh je buat keje rumah tp jgn lasak dan aktiv sgt MCM xlepas melahirkan...minta kerjasa dari suami.. xmampu bersihkan rumah . y penting tmpt kite dan bby duduk bersih... tutup je LA mata dan tahan sabar kalau rumah xkemas..apapun jaga makan .jgn sebarang mkn ..

Baca lagi

selalunya beurut 3 hari.. lepastu mandian herba.. awak boleh search pakej berpantang.. banyak dorg sediakan dan bergantung kepada bajet awak..

2y ago

Kalau berpantang sendiri suami pun kene lah tlong sekali tlong masak untuk awak ke .. pastu carilah orang berurut awk.. tungku tu mesti kene buat sekurang kurang 3 kali sehari untuk naekkan peranakan.. jgn biar nnti jatuh and masokk angin.. rajinkan mandi air panas jeram air tuu.. jgn mndi air sejukk.. pastu kerja rumah tu kalau boleh xyh lagi lah nnti susah pulakk jatuh pendarahan bahaya.. berapantang ni awak kene rehat sampai awk cerdas and bertenaga..