Menangis bila jumpa stranger

Hai mommies! Salam sejahtera. Saya nak tanya ada tak anak anda bila berjumpa makcik2 nya atau sedara mara yang lebih tua mereka akan menangis? Walaupun pernah jumpa sekali dua tetapi setelah 2/3 bulan yang lepas. Jika dengan kanak2 atau seusia dengan nya anak akan baik- baik sahaja. Bagi saya normal budak berkelakuan begini disebabkan ada sahaja anak buah begitu. Tajuk diatas saya letakkan ‘stranger’ disebabkan saya pasti anak yang masih kecil masih ada perasaan tidak selesa dengan orang yang jarang mereka nampak. Bukan apa pernah ditegur, bila anak kita berkelakuan begitu (menangis) terus dicop : “sakitlah budak ni”. Kalau mommies jadi saya, adakah anda pun akan teremosi? #bantusharing

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Apa yg sakitnya? Budak2 biasa laa. Even anak sy pun cmtu jugak. Padahal baru 2 hari lepas jumpa nenek dia. Tetiba boleh meraung tiba2 mcm tak pernah kenal. Eee.. Mulut takde insurans bethol laa cakap anak orang sakit 🥴

4y ago

Abaikan je. Tapi yelah still kita ni sbg ibu mesti emosi jugak kan. Anak kita, kita tahu dia macam mana 😁