Ruam di muka baby
Hai mommies, nak tanya kenapa ya ada bintik2 merah macam jerawat nasi dekat muka baby saya? Adakah alergik atau ruam disebabkan apa yg saya makan sebab sy bf + fm juga baby saya..ada yang boleh share experience tak
Ni atas pengalaman saya sebelum ni anak saya macam ni lah mula mula lepastu saya fikir dia ruam biasa sebab dia pun minum susu fm dan bf juga saya biarkan je lama lama makin melarat pulak sampaikan dia bengkak kaki , tangan dan telinga saya bawak pergi jumpa pakar kanak kanak doktor kata dia allegic susu lembu saya tukar susu soya baru lah dia elok nama yang merah merah naik kat muka badan tu erythema toxicum awak boleh tengok kat google
Baca lagiAnak sy pernah kena, sy bagi minum susu fm dgn bf. Sy perasan sebelum bagi dia susu fm tu, bersih je muka baby sy, takde ruam lepas beberapa kali sy bgi dia susu fm s26 tu, timbul ruam kat muka dh lengan dia. Sy ada baca juga kalau baby tak sesuai dgn susu fm akan timbul ruam. Jdi sy stop bagi susu fm tu, lepas stop bgi susu fm tu, baru muka baby sy okay. Ni pengalaman sy sendiri, tak tau la kalau org lain.
Baca lagiSebelum cukur jambul tu, mmg ada ruam kat kepala ke? Selalu nya ruam ni timul, sbb panas.
Sama dengan baby saya. Minggu lepas saya bawa p klinik. Dr cakap cow milk protein allergy. Balik tu terus saya tukar susu soya. Dah elok dah skin dia sekarang ni. Dr bagi sabun mandi, krim sapu & calamine lotion
baby awak jadi mcm ni lps berapa hari minum susu formula? sy mmg campur fm n bm
anak saya tgh mengalami skrg , dr ckp tu milia , normal utk baby. tapi better awk checkup dkt doktor , lgi awak clear psl condition bby awk ❤️ fast recovery baby 🫰🏼
di sebabkan apa sis? anak saya start timbul kat kepala lepas cukur jambul
ank sy pernah kena. ni bukan sbb susu xsilapnya, dktr penah explain..tp dh lupa, sbb last year. dktr bg ubat sapu. xsampai seminggu surut lps sapu ubat.
ank sy pun ade bntik2..sbb menyusu pun ye jugak..skrg sy gune snowhite losyen
boleh beli ceradan dkt farmasi hanis zalika anak dia ruam teruk dekat muka doc dia bgi tu mmg helok , try la kat watson pun ad jual ceradan